Setiap manusia di muka bumi pastinya akan melalui pelbagai ujian dalam kehidupan. Dan sebenarnya tanpa kita sedari, ujian itulah yang membantu kita untuk membuka mata dan mendidik supaya tidak berputus asa dalam hidup. Kadang kala, ujian yang menimpa itu juga mampu mematangkan seseorang.
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Mohd Sabrie Brahim ada menceritakan kisah sedih yang menimpa dirinya apabila dia ditimpa kemalangan ngeri sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong.
Dilanggar lori 3 tan
Pada Februari tahun 2015, aku mula jalani perniagaan sendiri sub wiring. Alhamdulillah ada 4 bangunan harus disiapkan dan loan sebuah kereta second hand untuk berniaga awal bulan Februari iaitu pada tahun 2015 juga. Sepanjang perjalanan pada bulan tu semua berjalan lancar. Waktu ini anak baru seorang yang berumur 9 bulan. Sehingga pada hujung bulan Februari tu, cadangan nak balik kampung sebab nak khabarkan dengan ibu yang saya dah ada company sendiri. Kami dari keluarga yang susah.
Satu kejayaan juga dapat membina perniagaan sendiri walaupun sekolah tak tinggi. Pada 27 Februari, tahun 2015 iaitu pada pukul 8 malam selepas hantar pekerja. Semasa dalam perjalanan ada seorang pak cik minta tolong tukar tayar keretanya yang bocor. Saya kemudian turun dengan niat nak tolong dia. Saya bagi tayar gantian kereta saya untuk dia. Lagipun masa tu saya nak balik cepat sebab nak kena bawa anak ke klinik, dia meragam dan demam panas.
Masa saya nak ambil tayar gantian kereta di bonet kereta, masa inilah lah tanpa saya sedar saya dilanggar sebuah lori 3 tan. Kaki kiri hancur dan kereta hancur (tak sempat bayar bulan, sampai sekarang belum mampu bayar). Bermula detik itu lah segala yang dibina ‘hilang’. Allah uji kami, kita hanya dapat merancang tapi segalanya dalam ketentuan Allah.
Lepas kemalanga, alami amnesia
Kesan kena langgar ini juga lah saya masih alami ‘Amnesia’, isteri dan anak sulung Nur Imanie Insyirah (9 bulan umur) saya boleh jadi tak ingat. Bahagian kepala saya kena langgar dengan kuat hingga cermin lori itu pecah kena kepala saya. Lebih 12 jam dalam bilik bedah, darah banyak hilang dan menyebabkan keadaan kritikal. Lepas pembedahan, badan memang tak dapat nak bangun, emosi tidak stabil dan nak angkat kaki kiri memang berat sebab dah dipotong. Jadi, memang baring je lah.
Saya juga kena pakai pampers dan kalau bernajis, isteri yang tolong cucikan. Isteri suapkan makanan dan minuman serta lapkan badan saya dengan air. Umur anak pula masa ni kecil lagi. Dalam satu hari banyak kerja dia kena buat ‘besar juga pengorbanan dia untuk saya’. Semoga isteriku peroleh ganjaran pahala dan saham akhirat untuknya di akhirat nanti.
Masa terasa sakit sangat, ganggguan emosi tu memang ada. Isteri kena tolak saya guna kerusi roda untuk bagi saya tengok suasana luar agar tidak merasa ‘terkurung’. Kalau ke hospital untuk check up, dia kena tolak saya guna kerusi roda dan anak pula saya kena pegang. Kemudian jika nak ke hospital, kami kena naik kereta tambang sebab bas tak ada.
Kaki kiri dibedah
Masa dah tak ada kereta itu lah yang paling membuatkan kami menitis air mata sebab anak saya ni asal dia dengar je bunyi kereta cepat-cepat dia bergerak seperti itik dan tengok di luar rumah. Dia ingatkan ada orang nak bawa dia jalan-jalan tapi tak ada. Sebab sebelum kemalangan, dia selalu ikut saya hantar pekerja saya ke tempat bangunan atau rumah yang kena buat wiring.
Hampir bertahun-tahun juga isteri tolak saya guna kerusi roda ke hospital sebab masa tu saya 3 kali jalani pembedahan potong tulang kaki kiri. Dari ada kaki kiri tinggal sampai lutut je. Kemudian dibedah lagi, tinggal atas lutut dan seterusnya dibedah sekali lagi sehinggalah tinggal sedikit sahaja kaki kiri. Doktor kata kerana infection.
Masa itu lah umpama ‘hari hujan dan gelap’. Kami kena gagahkan juga semata-mata nak tengok anak membesar dengan baik. Terdetik isteri nak buat ‘rempeyek’ dan dia ada kemahiran masak. Itu lah permulaan jualan kami buat untuk penuhi keperluan (susu dan pampers anak).
Sumber: Mohd Sabrie Brahim