Sekadar gambar hiasan
Puasa Hari Putih atau Puasa Ayyamul Bidh, merupakan puasa sunat selama tiga hari yang dilakukan pada tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan Islam (Hijriah) kecuali pada 13 Dzulhijjah (Hari Tasyrik).
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Kebaikan Hari Asyura, Rezeki Diperluas Gembirakan Ahli Keluarga
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Mohon Maaf Isu Jawapan Mengelirukan Mengenai Berpuasa Di Hari Tasyrik – ‘Semoga Allah Mengampuni Dosa Kita Semua’
Puasa Ayyamul Bidh
Sekadar gambar hiasan
Waktu Pelaksanaan Puasa Ayyamul Bidh bagi bulan November jatuh pada 15, 16, dan 17 iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad..
Salah satu keutamaan utama puasa Ayyamul Bidh adalah mendapat pahala yang besar. Selain, puasa ini juga memberikan banyak manfaat bagi kesihatan, mendekatkan diri kepada Allah dan membantu membersihkan dosa.
Rasulullah SAW bersabda, “Puasa tiga hari setiap bulan adalah seperti puasa sepanjang tahun.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dengan berpuasa pada tanggal 13, 14, dan 15 setiap bulan Hijriah, seseorang akan mendapatkan pahala yang sangat besar, seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.
Niat dan cara melaksanakan puasa Ayyamul Bidh:
Sekadar gambar hiasan
Niat puasa Ayyamul Bidh (Hari Putih) dilakukan pada malam hari sebelum puasa dimulai, iaitu pada malam 13, 14, atau 15 bulan Hijriah.
Niat puasa ini diucapkan dalam hati dan berikut adalah contoh bacaan niat puasa Ayyamul Bidh:
Nawaitu shauma ayyamul bidh sunnatan lillahi ta’ala.
Maksudnya: Saya niat puasa Ayyamul Bidh karena Allah Ta’ala.
Secara keseluruhan, puasa Ayyamul Bidh adalah kesempatan bagi umat Muslim untuk menambah pahala dengan ibadah yang ringan namun penuh makna. Bagi mereka yang melaksanakan puasa ini dengan konsisten, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar.