berita

Nicholas Sagau Dilantik Presiden Malaysia Digital Association

September 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Malaysia Digital Association (MDA) telah melantik Ketua Pegawai Produk REV Media Group (RMG), Nicholas Sagau sebagai presiden dan Pengarah Urusan PHD Malaysia, Eileen Ooi sebagai naib presiden ketika Mesyuarat Agung Tahunan Ke-11.

Tahun yang mencabar

Saya rasa ini satu penghormatan kerana diberi peluang memimpin persatuan ini. Bahkan, tahun ini merupakan tahun yang sangat mencabar dan kami akan bekerja keras untuk memperluas kapasiti MDA sebagai platform untuk menangani cabaran mendatang.

Kami berhasrat untuk mencapainya dengan bekerja erat sebagai ekosistem dan yang lebih penting, mewakili agenda ketiga-tiga sektor digital ini kepada pemerintah.

Menurut Nicholas Sagau, prestasi industri digital Malaysia semakin baik sejak belakangan ini. Oleh itu, mereka berhasrat untuk mencapai kejayaan dengan bekerjasama rapat sebagai salah satu ekosistem. Yang paling penting, mereka akan mewakili ketiga-tiga sektor media digital ini sebagai agenda kerajaan.

Ujarnya lagi, dia akan bekerjasama dengan ahli majlis untuk membuka lebih banyak peluang dan terus menyediakan platform untuk mereka bertemu, belajar dan bekerjasama dalam meningkatkan industri ini. Selain Nicholas Sagau, Mesyuarat Agung itu juga telah melantik Ketua Pembekalan dan Pembangunan Produk GroupM Malaysia, Aravind Menon sebagai setiausaha dan Ketua Strategi dan Pembangunan Perniagaan ADV Malaysia Sdn Bhd Asia Tenggara, Sophia To sebagai bendahari.

Menghargai karya inovatif

Antara Ahli Majlis lain yang dipilih adalah 16TWO Communication Labs Sdn Bhd, Astro Radio Sdn Bhd, Carat Media Services (M) Sdn Bhd, Google Malaysia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Mudah.my Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd, Rev Social Malaysia Sdn Bhd dan Star Media Group Bhd.

MDA sebelum ini telah berjaya menganjurkan pelbagai projek dan aktiviti seperti “Digital Wednesday” yang diadakan setiap suku tahun dan ia sangat terkenal. Aktiviti itu juga telah menawarkan peluang rangkaian untuk penerbit tempatan, agensi media dan pengiklan untuk berkongsi pengetahuan kepada industri. Ia juga menganjurkan “d Awards” yang meraikan dan menghargai karya inovatif terbaik dalam mengembangkan produk digital, merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×