Akaun TikTok milik Allahyarham Nidza Afham telah menjadi perhatian netizen sejak berita kehilangannya dilaporkan pada Rabu lalu.
Artikel Berkaitan: ‘I Love You Am, Berbahagialah Di Syurga Firdausi’ – Aufahanie Imbas Kenangan Bersama Arwah Abang
Artikel Berkaitan: ‘Sedekahkan Al-Fatihah Bila Saya Sudah Tiada’ – Nidza Afham
Repost video kematian
Malah tindakan abang kepada penyanyi Aufahanie itu yang mengulang siar atau ‘repost’ sebuah video mengenai kematian juga telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Video berkenaan menyebut mengenai ajal seseorang boleh diambil Allah tidak mengira masa dan tempat.
Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita tak kira masa dan tempat, balik kerja naik motor, hujan dah elok nak masuk coner simpang depan itu, motor lain langgar dari belakang jatuh tergolek tengah jalan. Kereta lain pula mai lenyek, Allah.
Menerusi pemerhatian OhBulan!, video tersebut di ‘repost’ oleh arwah tiga hari sebelum dia dilaporkan hilang.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.
Terdahulu, penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story), Aufahanie turut berkongsi tangkap layar kronologi kehilangan abangnya yang hanya membalas mesej keluarga pada kali terakhir pukul 9.04 malam sebelum hilang.
Video
@abey_myrull Takdir yang diredhai? #fyp #fyp ? original sound – Ustaz Kazim Official
Sumber: TikTok