Pelakon Niezam Zaidi akui terkejut dengan keadaan yang menimpa bekas kekasihnya, Nonny Nadirah yang hangat diperkatakan berkelakuan aneh di media sosial.
Artikel berkaitan: ‘Status Saya Sekarang Single..Janda, Sorry But Not Available’ – Nonny Nadirah
Artikel berkaitan: ‘Jumpa Kemanisan Beribadah Dalam Lokap’ – Niezam Zaidi
‘Kita doa yang baik-baik’
Niezam bagaimanapun mendoakan yang terbaik buat Nonny memandangkan dia tidak mengetahui perkara sebenar yang terjadi.
Saya berharap dan mendoakan semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua dan mungkin setiap perkara yang berlaku ada hikmah dia. Kita tidak berada di kasut dia.
Jikalau saya terkejut, apatah lagi keluarga dia. Kita doa yang baik-baik sahaja untuk dia sebab satu hari nanti kita pula yang akan kena.
Hikmah yang saya dapat adalah kita doa yang elok-elok kerana saya tidak boleh kata apa terhadap orang lain kerana itu bukan hak saya.
Dalam pada itu, Nizam menyifatkan Nonny seorang wanita yang baik dan menitipkan pesanan bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Apa yang saya nampak dia seorang hamba yang baik, sangat suka bersedekah dan menjaga keluarga. Saya tak nampak benda lain. Saya nampak yang baik sahaja.
Allah sayang kita, kadang kita tak tahu apa yang Allah siapkan untuk kita. Jadi Insya-Allah, saya pesan untuk diri saya juga.
Disebabkan mereka pernah rapat, Niezam mendedahkan dia sering menerima pertanyaan mengenai Nonny di media sosialnya.
Selagi saya boleh layan, saya layan termasuklah melalui DM. Begitu juga sebaliknya.
Niezam berkata demikian semasa ditemui sesi fotografi drama terbaru TV3 di slot Akasia yang berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah, sebentar tadi.
Untuk rekod, Nonny pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Niezam sekitar Jun 2020.
Pada 26 Oktober 2020, Nonny mendedahkan perancangan dia dan Niezam untuk berkahwin tidak kesampaian kerana mengambil keputusan untuk berpisah.
Terdahulu, Nonny mencetuskan kontroversi apabila menjual produk kurus dengan hanya berkemban, membotakkan kepala dan menari sambil bertuala.