Pasangan pengantin baharu, Nabila Razali dan Nik Iruwan percaya bahawa mereka adalah jodoh yang tepat antara satu sama lain setelah tertarik dengan personaliti diri masing-masing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali & Nik Iruwan ‘Dating’ Di Aquaria KLCC – ‘Waktu Itu Kami Fokus Kenal Hati Budi Masing-Masing’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Sah Jadi Isteri Kepada Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Bernilai RM22.50
Saling melengkapi
Ketika ditemui OhBulan!, penyanyi berusia 31 tahun ini berkongsi karakter yang ada pada suami sehingga berjaya menambat hatinya selain berharap agar perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.
Di mata saya Nik Iruwan adalah seorang yang sangat matang, sewaktu pengenalan pun banyak benda yang saya rasa suami saya melengkapi apa yang kurang pada saya.
Saya harap insyaAllah perkahwinan ini kekal hingga ke jannah dan saya juga harap doa daripada semua orang untuk perhubungan kami.
Dalam pada itu, Nik Iruwan atau nama sebenarnya Nik Iruwan Nik Izani menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang sempurna walaupun mereka melalui tempoh pengenalan yang singkat.
Dia sempurna, fantastik, sangat baik dan saya cuba untuk mencari kelemahannya tapi tak jumpa lagi.
Sejujurnya kami baru kenal juga tahun ini tapi semuanya berjalan sangat lancar. Semasa mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Nabila, saya tak pernah ada rasa berbelah bahagi.
Dia orangnya sangat teratur dan sepanjang tinggal bersamanya selama seminggu ini, ia merupakan antara hari-hari yang bahagia buat saya.
Nabila dan suami berkata demikian seusai selesai majlis persandingan mereka yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara, Selangor.
Sementara itu, pelantun lagu Pematah Hati ini percaya bahawa dia dan suami akan saling melengkapi dengan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri masing-masing sepanjang melayari bantera perkahwinan.
Pada saya masa itu tidak penting tetapi momen-momen kami bersama. Sepanjang masa kami berkenalan tidaklah sempurna 100%. Sudah semestinya ada kelemahan dan kekurangan masing-masing.
Tapi saya percaya kelebihan dan kelemahan itu yang melengkapi perhubungan ini jadi saya harap yang baik-baik sahaja untuk kami.
Terdahulu, majlis resepsi Nabila Razali dan suaminya berlangsung meriah pada malam tadi yang mengetengahkan tema Batik Jawa.
Lebih istimewa, Nabila diarak masuk ke pelamin dengan menaiki tandu yang disaksikan seramai 250 orang tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan artis antaranya Amira Othman, Hael Husaini, Ara Johari, Neelofa dan PU Riz.
Pada 18 November lalu, Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di The Chateau Spa and Wellness Resort Bukit Tinggi, Pahang.
Penyanyi berusia 31 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 namun wang hantaran dirahsiakan.