berita

Nikmati Hadiah Bernilai RM500,000, Tawaran Hebat & Hiburan Sempena Sambutan Ulang Tahun Sunway Yang ke-50 Tahun!

March 1st, 2024 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Sunway mengadakan Golden Jubilee Mega Roadshow sempena ulang tahun ke-50 tahun ini. Ada pelbagai tawaran yang korang boleh nikmati termasuk hadiah menarik dan hiburan bersama keluarga.

Sambutan itu diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Johor dari 21 Februari hingga 10 Mac 2024, sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka sepanjang perjalanan 50 tahun ini.

Tawaran seumur hidup dan hiburan serba menarik. Meriah roadshow tahun ni!

Kalau korang nak tahu, sempena sambutan besar-besaran yang diadakan oleh Sunway pada tahun ini, mereka nak bagi korang nikmati hadiah cabutan bertuah harian bernilai lebih dari RM500,000 secara keseluruhan tau!

Pengunjung yang hadir ke roadshow boleh menanti tawaran sekali seumur hidup di Taman Tema Sunway, Sunway Hospitality, Pusat Membeli-belah Sunway, dan banyak lagi!

Ini antara lokasi dan tarikh Golden Jubilee Mega Roadshow:

  • Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang – 21 Februari 2024 – 25 Februari 2024
  • AEON Mall Kinta City, Ipoh, Perak – 22 Februari 2024- 25 Februari 2024
  • Sunway Pyramid, Sunway City Kuala Lumpur – 29 Februari 2024 – 3 Mac 2024
  • Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor – 5 Mac 2024 -10 Mac 2024

Selain itu, korang juga boleh sertai persembahan hiburan, peragaan fesyen, permainan, dan aktiviti lain.

Sunway komited dalam memberi penghargaan buat masyarakat!

Macam yang korang semua tahu, ada pelbagai bentuk sumbangan, sokongan, atau inisiatif yang Sunway lakukan bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan memberi manfaat kepada komuniti di sekelilingnya.

“Sepanjang 50 tahun lepas, kita telah menyentuh kehidupan berbilang orang dari pelbagai lapisan masyarakat dan akan terus berinovasi untuk generasi masa depan.”

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Digital & Strategik Kumpulan Sunway, Evan Cheah, Sunway juga memulakan pelbagai perniagaan bukan semata-mata untuk keuntungan, tetapi untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Kalau korang nak tahu apa lagi tawaran menarik yang ada, boleh layari laman sesawang mereka di SINI klik pada Sunway Golden Jubilee Booklet melalui Sunway Super App yang ada di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery!

SKIP THIS AD ×