berita

Nikmati Minuman Yogurt BeFine Perisa Baru Kiwi Avokado & Rebut Hadiah Bernilai Lebih RM15,000!

August 3rd, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Minuman yogurt dah semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami juga yakin korang mesti salah seorang yang menggemari minuman yogurt. Ia bukan saja sedap, malah bagus diambil setiap hari kerana dapat membantu sistem pencernaan korang.

Sekarang korang mesti tertanya-tanya. Dalam banyak-banyak minuman yogurt, yang mana mampu memberi kelebihan dari segi kesihatan dan menyelerakan? Semestinya minuman yogurt..

BeFine, mengandungi Bifidobacterium, probiotik terbukti secara klinikal di Jepun

Minuman yogurt BeFine sangat bagus kerana mengandungi Bifidobacterium, sejenis probiotik yang terbukti secara klinikal di Jepun. Ia sangat membantu dalam mengurangkan risiko influenza. Boleh jaga kesihatan kalau minum ni.

Tiada bahan pewarna, lemak & kolesterol!

Walaupun berperisa, tekstur dan warna minuman yogurt BeFine ialah putih berkrim. Tiada bahan pewarna digunakan. Paling best, takde kandungan lemak dan kolesterol. Memang sesuai untuk korang yang tengah diet!

Membantu sistem pencernaan & imunisasi tubuh

Minuman yogurt BeFine bukan setakat menyihatkan usus korang je. Ia juga dapat membantu mengurangkan risiko korang terkena penyakit berjangkit. Bagus kan?

Bentuk botol yang comel & senang dibawak

Minuman yogurt BeFine didatangkan dalam dua saiz iaitu 200g dan 600g. Nak bawak pergi mana-mana pun senang sebab saiz botolnya comel je.

Dijamin halal & telah disahkan oleh JAKIM

Halal ke tak? Korang tak payah risau! Minuman yogurt BeFine dijamin HALAL dan diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selamat untuk diminum!

Dengar cerita, BeFine nak keluarkan perisa baru pada bulan Julai tahun ni. Terkejut jugak. Perisa apa agaknya tu? Jeng jeng jeng..

BeFine perkenalkan perisa terbaru, Kiwi Avokado

Wahhh! Minuman yogurt perisa terbaru yang akan BeFine keluarkan Julai tahun ni rupa-rupanya Kiwi Avokado! Kami sangat syorkan untuk korang cuba minuman yogurt BeFine perisa Kiwi Avokado ni. Kami sendiri pun tak sabar nak cuba!

Tunggu! Kami tak habis cerita lagi. BeFine ada kejutan istimewa untuk korang bulan Ogos ni. Nak tahu apa?

Sertai peraduan beli & menang serta rebut hadiah utama penghawa dingin Acson!

BeFine dengan kerjasama Acson akan mengadakan Peraduan Beli BeFine & Menang sepanjang bulan Ogos tahun ni. Hadiah lumayan bernilai lebih RM15K bakal jadi milik korang! Caranya mudah je tau.

[LANGKAH 1] Beli produk BeFine bernilai RM15 dan ke atas dalam satu resit.

[LANGKAH 2] Snap foto resit sebagai bukti pembelian.

[LANGKAH 3] WhatsApp Gambar Resit beserta Nama Penuh dan Nombor IC kepada 016-920 8277 (simpan resit asal).

Fuh, tak boleh jadi ni! Hadiah utama peraduan ni penghawa dingin jenama Acson tau. Mana tahu rezeki korang kan. Tak dapat hadiah utama, dapat hadiah saguhati pun onz jugak.

Mana boleh beli minuman yogurt BeFine?

Korang boleh dapatkan minuman yogurt BeFine di mana-mana pasar raya berdekatan. Dah beli tu, jangan lupa simpan resit dan sertai peraduan beli dan menang okay.

Untuk update terbaru korang boleh LIKE dan FOLLOW Facebook Page BeFine Malaysia. Yang penting, korang kena dapatkan dan cuba minuman yogurt BeFine perisa Kiwi Avokado yang terbaru.

SKIP THIS AD ×