berita

Nikmati Pelbagai Promosi & Aktiviti Menarik Di Sunway Putra Mall Sempena Musim Perayaan Ni!

April 28th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Shout Out!

Sedar tak sedar, dah dua minggu kita berpuasa. Ini bermakna kita bakal menyambut hari lebaran tak lama lagi. Mesti ramai antara korang yang sedang buat persiapan kan?

Ha… kali ini, dengan kempen Ikatan Mesra Raya yang berlangsung di Sunway Putra Mall, terdapat pelbagai jualan murah dan juga aktiviti-aktiviti menarik yang akan membuatkan korang sekeluarga tidak pulang dengan tangan kosong.

Nak tau apa lagi perkara menarik yang ada disana? Jom usha cepat!

Konsep dekorasi keretapi yang menarik

Di Ruang Legar Utama, Aras Bawah Sunway Putra Mall kali ini dihias dengan konsep kembali ke zaman vintage, di mana ia direka menjadi Keretapi Tanah Melayu. Ini adalah dekorasi yang lain daripada yang lain dan sungguh luar biasa tau! 

Manakala, menara jam yang setinggi 30 kaki, dikelilingi oleh pokok palma, kabel tiang lampu dan mentol berwarna-warni itu juga tersergam indah bagi melahirkan suasana yang jarang kita lihat dan rasai pada masa kini. 

Ada tawaran & promosi menarik menanti korang!

Selain itu, terdapat pelbagai tawaran dan promosi menarik menanti korang seperti booth pereka-pereka fesyen dan jenama kosmetik terkenal di Main Concourse tingkat bawah yang menampilkan variasi gaya fesyen mewah untuk korang pilih!

Antara mereka yang terlibat adalah Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Natasha Ameer dan banyak lagi. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pakaian raya pada harga menarik dari Abas & Sal Batik dan Klambi.

Bagi ahli kosmetik tempatan terkenal yang ada disana pula adalah Syedewa, NR Cosmetics, Najeeb Azami dan banyak lagi!

Jadi, korang boleh lah pergi serbu cepat-cepat, sebab promosi ini hanya berlangsung dalam tempoh terhad je tau!

Pelbagai jenis pakaian & aksesori di Festive Bazaar

Korang juga boleh rasai vibes yang happening disana bila korang shopping baju raya di Festive Bazaar yang telah disediakan oleh mereka di East & West Wing tingkat bawah.

Memandangkan musim perayaan dah nak dekat ni, korang pergilah usha dan buat persiapan raya korang awal-awal dengan mengunjungi booth pakaian dan aksesori cantik dari Kashkha, Pangoi serta banyak lagi yang ada disana! 

Tapi persiapan raya mesti tak lengkap tanpa juadah buka puasa yang enak kan? Ha.. jangan risau, korang tak perlu susah susah lagi dah nak cari kedai untuk berbuka. Semuanya ada dekat Sunway Putra Mall dan kebanyakan restoran menawarkan promosi juadah yang menarik!

Selain itu, sambil sambil korang cari baju raya, jangan lupa untuk nikmati promosi dari Crown Carpet yang ada disana. Terdapat pelbagai jenis karpet dan permaidani yang menarik! Ha…baru lah cantik rumah korang time raya nanti kan?

Persembahan Muzik Tradisional pada hujung minggu & Cuti Umum!

Paling best, sambil-sambil korang membeli belah disitu, korang juga boleh enjoy Persembahan Muzik yang ada disana tau! Feel dia lain macam sangat. 

Kalau korang taknak terlepas untuk saksikan persembahan tu, jangan lupa untuk datang pada hujung minggu ataupun cuti umum.

Tebus ganjaran menarik di pusat beli belah mereka

Apa yang menarik lagi, bila korang dah syok membeli belah, korang  juga berpeluang untuk menebus Sampul Raya, Beg Jute Ekslusif yang korang boleh personalized nama korang sendiri, dan Bagasi Vintaj tau! Cara-cara nak tebus ganjaran tersebut adalah dengan:

  1. Belanja minimum RM200 atau RM150* dalam DUA (2) resit untuk tebus Sampul Raya.
  2. Belanja minimum RM350 atau RM300* dalam DUA (2) resit untuk menebus Beg Jute Ekslusif.
  3. Belanja minimum RM1500 atau RM1200* dalam LIMA (5) resit untuk menebus Bagasi Vintaj.

Amacam guys? Dah syok membeli dapat pula ganjaran yang mereka bagi. Best gilaaa kan?

*Eksklusif untuk ahli Sunway PALS sahaja.

Beri sumbangan dengan kempen Keceriaan Bersama!

Dalam pada kita bersuka ria bagi menyiapkan persiapan menyambut Syawal, Sunway Putra Mall nak mengajak korang semua untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Daripada sumbangan tersebut, mereka akan membuat pembaharuan semula rumah bagi keluarga di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Dengan inisiatif kempen Keceriaan Bersama yang diadakan ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk menyambut lebaran tahun ini dengan gembira.

Korang juga boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan menyumbang minimum sebanyak RM15 dari 16 hingga 30 Mei melalui Sunway Pay. 

Sebagai balasan dari sumbangan tersebut, korang akan dapat 10x Sunway Pals Points dan Upcycled Raya Pouch oleh Kloth Cares dan WomanUp sebagai tanda penghargaan.

Nak tau lebih lanjut bagaimana cara untuk korang menyumbang, boleh tengok di SINI.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, lebih banyak sektor perniagaan diberi lampu hijau untuk membuka kembali dan memperluas produk dan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Dari perkhidmatan kecantikan, pusat urut serta hiburan antara kedai yang telah dibuka dan pembeli juga dapat mengunjungi kedai-kedai ini untuk menikmati tawaran pembukaan semula yang eksklusif oleh jenama kegemaran mereka. 

Bukan itu saja, Sunway Malls juga terus mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi memastikan semua Mall itu selamat dan terjamin untuk perlindungan semua pembelinya.

Semua kawasan di Mall itu juga telah dibersihkan dan dibasmi kuman secara berkala. Mereka juga akan memastikan penyewa atau penjual disana mengamalkan penjarakan fizikal.

Ini bagi  memberi keselesaan kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli belah yang seronok di Pusat Beli Belah Sunway di seluruh negara. 

Tunggu apa lagi? Jom ke Sunway Putra Mall sekarang!

Korang tunggu apa lagi tu? Jangan lepaskan peluang tau untuk membeli belah dan merasai sendiri vibes perayaan di Sunway Putra Mall serta nikmati promosi menarik yang ditawarkan oleh mereka.

Untuk ketahui lebih lanjut, korang boleh layari laman web Sunway Putra Mall sekarang!

SKIP THIS AD ×