berita

Nikmati Pelbagai Sajian Menarik Bufet Ramadan Di Cinnamon Coffee House, Semuanya Sedap!

April 13th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sempena bulan Ramadan tahun ini, Cinnamon Coffee House di One World Hotel Petaling Jaya telah menawarkan pakej bufet Ramadan serendah RM158 untuk golongan dewasa, manakala RM79 bagi kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun.

Menghidangkan pelbagai jenis masakan yang sedap dan lazat, Cinnamon Coffee House ini merupakan lokasi yang sangat sesuai buat korang yang ingin berbuka puasa di hotel. Jom tengok antara menu makanan yang bakal disajikan sempena bufet Ramadan kali ini. Confirm terliur dan sedap!

Pelbagai juadah makanan

Foto: Pelbagai jenis sambal

Menurut Cinnamon  Coffee House, menu masakan Melayu ala-ala kampung ini bakal menjadi juadah berbuka pilihan ramai sempena bulan Ramadan tahun ini. Antara menu yang bakal disajikan dan dijangka menjadi kegemaran para pengunjung nanti ialah Sup Gearbox, Bubur Lambuk, Lemang, Ayam Balado, Sayur Lodeh Suhun, Nasi Briyani, Dalca Tulang Kambing, Otak-otak, Ikan Bakar, sate dan aneka kuih muih tradisional.

Foto: Antara menu kegemaran admin, sedapnya!

Buat korang yang suka ulam-ulaman

Nasi Briyani sekali makan, pasti nak lagi!

Menu barat dan seafood pun ada, jangan risau!

Buat korang yang ingin menikmati juadah ala-ala barat, Cinnamon Coffee House turut menyajikan Ayam roulade, Kambing grill, Sosej kambing, Shepherd’s pie dan aneka Seafood.

Rasa juicy apabila dikunyah

Teringin juadah bazar Ramadan?

Teringin nak makan juadah di bazar Ramadan? Cinnamon Coffee House turut menyajikan makanan seperti Apom Balik, Dimsum, Popia Basah, Murtabak, Sate, Mi Kari, Kebab dan banyak lagi. Di samping itu, pelbagai kuih-muih turut disediakan buat mereka yang gemar makan makanan yang manis.

Bubur lambuk pun ada!

Pencuci mulut

Tak lengkap sesuatu hidangan kalau tak ada pencuci mulut kan? Bufet Ramadan di Cinnamon Coffee House turut menyajikan lebih daripada 50 pencuci mulut buat mereka yang ingin berbuka puasa di sini. Korang kena cuba kesemua kek dan puding yang disajikan. Selain itu, aneka buah-buahan tempatan, cendol, ais kacang termasuk ais krim turut dihidangkan di dalam bufet Ramadan ini.

Buat korang yang ingin berbuka puasa di Cinnamon Coffee House, promosi ‘Meriah Kembali’ ini akan bermula 9 April sehingga 12 Mei nanti dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Sebarang ‘reservations’ korang boleh hubungi nombor 603-76811157 atau email [email protected]. Selamat berbuka!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×