Ketika ini, gaya hidup rakyat Malaysia semakin berkembang pesat. Boleh dikatakan rakyat Malaysia memang tahu menikmati hidup mereka.
Sudah penat bekerja, mestilah beri ganjaran kepada diri sendiri. Makan makanan yang sedap, membeli-belah, berhibur dengan menonton wayang dan banyak lagi adalah antara cara menghargai diri sendiri.
Akan tetapi, bukan selalu dapat reward diri sendiri kerana masih perlu menyelesaikan komitmen sedia ada. Sebenarnya, ada satu kunci untuk korang memiliki kehidupan yang lebih menyeronokkan.
Dari kemudahan tanpa batasan hingga ganjaran yang buat kita senyum lebar, kad kredit adalah kuncinya yang jadi teman setia dalam kehidupan seharian.
HSBC Live+, kad kredit terbaharu yang paling menepati cita rasa gaya hidup rakyat Malaysia
HSBC Malaysia dengan kerjasama Visa telah melancarkan Kad Kredit HSBC live+ yang merupakan kad kredit gaya hidup serba baharu pertama di Malaysia.
Direka khas untuk mereka yang mengutamakan gaya hidup moden dan premium, HSBC Live+ bukan sekadar kad kredit biasa, tetapi satu cara untuk menambah kehebatan hidup korang dengan pulangan tunai dan manfaat eksklusif.
Dengan adanya kad kredit HSBC Live+, gaya hidup moden korang semakin lengkap!
Duit kembali dalam poket dengan cashback pembelian
Untuk pengetahuan korang, kad kredit ini jadi pilihan ramai kerana sistem ganjaran yang gempak. Setiap kali korang swipe kad, boleh dapat cashback.
Kad ini menawarkan pulangan tunai yang menarik sehingga 8% untuk setiap perbelanjaan dalam tiga kategori utama iaitu makanan, membeli-belah, dan hiburan.
Sama ada korang sedang menikmati makan malam di restoran, membeli pakaian terbaru, atau melanggan perkhidmatan hiburan seperti Netflix dan Spotify, HSBC Live+ memastikan setiap transaksi korang mendapat ganjaran yang berbaloi.
Diskaun eksklusif di lebih 200 restoran
Sebagai pemegang kad HSBC Live+, korang secara automatik akan mendapat akses kepada diskaun tambahan sebanyak 15% di lebih daripada 200 restoran terpilih di seluruh Malaysia dan Asia melalui Program Makan Live+ Regional.
Ini menjadikan setiap pengalaman makan korang lebih istimewa dan menjimatkan!
Penjimatan harga tiket wayang hebat
Untuk semua kaki filem, kad kredit HSBC Live+ membolehkan korang menikmati diskaun RM10 setiap hari Sabtu dan Ahad di mana-mana cawangan GSC Cinema dari sekarang hingga 31 Julai 2025.
Lebih jimat untuk korang tonton filem bersama keluarga korang.
Tunggu apa lagi? Dapatkan HSBC Live+ ini segera!
Kad Kredit HSBC Live+ adalah pilihan ideal untuk mereka yang mahu meningkatkan gaya hidup mereka dengan cara yang lebih pintar dan menguntungkan.
Dengan cashback berganda, diskaun makan eksklusif, penjimatan tiket wayang, dan banyak lagi, korang akan rasa setiap hari lebih bernilai.
Dapatkan kad kredit HSBC Live+ korang hari ini dan mulakan pengalaman hidup yang lebih ceria dan berbaloi! Untuk maklumat lanjut boleh klik DI SINI.