Jejaka yang sebelum ini didakwa merupakan bakal suami Nina iaitu Hafiz Osman telah memuat naik satu video di Instagram memaparkan momen bahagia ketika dia melamar Nina atau nama lengkapnya Nina Sabrina Ismail Sabri, 37.
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Pakai Selempang ‘Bride To Be’, Bakal Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Artikel Berkaitan: Hari Bahagia Nina Ismail Sabri Semakin Hampir, Video ‘Pre-Wedding’ Tular Di Media Sosial?
Momen melamar Nina Ismail Sabri
Menerusi video tersebut kelihatan Hafiz dan Nina berjalan beriringan sambil melihat hasil seni yang dipamerkan di galeri tersebut.
Menurut Hafiz, pameran seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangannya untuk melamar Nina pada 21 September lalu.
Untuk mengelakkan dia (Nina) daripada mengesyaki apa-apa, saya mengajaknya ke “pameran seni” palsu yang diadakan oleh kawan saya. Dia pernah mengaku bahawa dia tidak tahu banyak tentang seni.
Namun setibanya di satu ruangan, bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie itu tergamam apabila melihat bilik tersebut dipenuhi dengan bunga serta sebentuk cincin yang dipamerkan dalam satu bingkai dan digantung pada dinding.
Tanpa dia sedari, saya telah mengatur lawatan peribadi hanya untuknya. dengan cincin yang disembunyikan di tempat yang jelas sebagai sebahagian daripada lawatan tersebut.
Melutut sarung cincin
Hafiz kemudian melutut sambil menyarungkan cincin kepada Nina sebelum menghulurkan sejambak bunga. Momen mereka berpelukan juga turut dirakamkan.
Dari persahabatan selama 13 tahun kepada cinta seumur hidup. Di tempat yang paling tidak dijangka, dikelilingi oleh seni, karya agung kami bermula.
Nina, sahabat terbaik saya, pasangan saya, selamanya—ini hanyalah permulaan bagi pengembaraan terhebat kami. Cinta awak #FromKawanToKahwin
Terdahulu, selepas bercerai dengan pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie Ogos tahun lalu, Nina Ismail Sabri kini dikatakan sudah menemui pengganti apabila memuat naik gambar romantis dengan seorang jejaka.
Malah sebelum ini juga tersebar satu klip seakan video ‘pre-wedding’ pasangan itu sekaligus memberi bayangan Nina bakal kembali bergelar isteri tidak lama lagi.
Imbas kembali, Nina dan Jovian mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah pada Ogos tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram Nina Ismail Sabri