Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan tidak sedarkan diri selepas pengsan di kediamannya pada pagi Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Sekali Lafaz, Nina Ismail Sabri Sah Jadi Isteri Hafiz Osman
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dilamar Kawan Baik, Kongsi Momen Bahagia Disarung Cincin – ‘Persahabatan 13 Tahun Kepada Cinta Seumur Hidup’
Nina bersyukur
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram Story (IGs), anak kepada Ismail Sabri iaitu Nina atau nama lengkapnya Nina Sabrina Ismail Sabri memuat naik perkembangan terkini bapanya.
Pagi semalam saya berasa sangat kabur, tetapi keadaan menjadi lebih baik pada sebelah petang. Alhamdulillah.
Beliau sedar, stabil dan keadaannya semakin baik ketika ini.
Dalam masa yang sama, Nina juga mengucapkan terima kasih kepada semua kenalan yang cuba menghubunginya untuk bertanyakan khabar Ismail Sabri.
Terima kasih di atas semua panggilan telefon, mesej, dan direct message (DM).
Saya belum berkesempatan untuk membalas semuanya tetapi saya akan jawab dalam masa terdekat.
Nasihat untuk semua
View this post on Instagram
Sementara itu, dalam hantaran yang sama, Nina turut menitipkan nasihat agar orang ramai sentiasa mengambil berat tentang kesihatan mereka.
Kesihatan adalah kekayaan, jika awak semua merasakan ada sesuatu yang tak kena, jangan tunggu dan pergilah ke hospital segera.
Sentiasa percaya kepada naluri anda.
Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor selepas tidak sedarkan diri.
Dalam pada itu, Setiausaha Akhbar beliau Azran Fitri Abdul Rahim mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan bahawa beliau berada dalam keadaan stabil.
Sumber: IG Nina Ismail Sabri