Bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri memberi bayangan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dah Jumpa Pengganti Jovian? Muat Naik Foto Dengan Lelaki Tampan – ‘Kami Bercakap Tentang Masa Depan’
Artikel Berkaitan: Nina Ismail Sabri Dah Jumpa Pengganti Jovian? Muat Naik Foto Dengan Lelaki Tampan – ‘Kami Bercakap Tentang Masa Depan’
Bakal kahwin?
Menerusi hantaran di Instagram, Nina berkongsi beberapa momen bersama rakannya di sebuah acara pada hujung minggu lalu.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian adalah tanda pagar digunakan pada kapsyen yang mengucapkan selamat tinggal pada kehidupan solonya.
Saya sangat gembira dan bersyukur memiliki wanita-wanita ini (rakan) dalam hidup saya.
Terima kasih kerana menjadikan hujung minggu saya penuh ceria dan tawa, saya merindui semua mulut kecoh kalian.
Saya berdoa Allah akan sentiasa menjaga hubungan persahabatan kita ini. Saya awak semua. #goodbyesinglenina.
Sementara itu, menerusi beberapa foto yang dikongsikan, dapat dilihat Nina memakai selempang yang tertera perkataan ‘bride to be’.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya mengucapkan tahniah dan turut menumpang gembira apabila Nina mahu berkahwin.
Terdahulu, anak kepada bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berkongsi foto bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Hafiz Osman.
Rentetan itu, ramai yang mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta bahkan menguatkan lagi dakwaan apabila Nina berkata mereka meluangkan masa bersama dan ada bercakap fasal masa depan.
Imbas kembali, Nina dan Jovian mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia enam tahun.
Sumber: Instagram