Isteri: Abang, sayang nak beli barang la..
Suami: Nak shopping apa lagi sayang oi? Masa-masa macam ni cuba la berjimat sikit.
Isteri: Ala… Abang ni, sayang nak ajak pergi Ninso la. Kedai serbaneka yang murah tu.
Anak-anak: Yeay! Kami nak ikut tau ibu!
Suami: Oh! Nak pi Ninso rupanya. Abang ikut sekali ye? (suami tersengih)
Happy betul family ni bila nak ke Ninso. Ha! Korang yang tak pernah ke Ninso tu bila lagi nak singgah ke outlet mereka? Ninso ni best gila, barang yang ditawarkan murah wei!
Macam-macam korang boleh dapat dekat sini. Korang nak cari apa cakap je, semua ada! Ini termasuklah botol air, bekas makanan, makanan ringan, sabun basuh kain, sabun mandi, selipar, barang perhiasan dan banyak lagilah! Barang yang mereka jual cuma RM2.10. Betul! Satu barang cuma RM2.10, rugi la kalau tak singgah.
Ninso Kota Damansara dah buka!
Buat warga Kota Damansara sekalian, korang dah tak perlu pergi jauh-jauh untuk shopping dekat Ninso. Kalau korang nak tahu, pada 26 Jun 2020 ni, Ninso Kota Damansara akan mula beroperasi.
Lokasi diorang betul-betul bersebelahan dengan pintu utama Jaya Grocer. Bila korang lalu mesti korang perasan. Diorang buka dari jam 10 pagi hingga 10 malam tau.
Pastikan korang bawa satu keluarga untuk singgah cuci mata Ninso Kota Damansara. Banyak gila barang yang korang boleh beli dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kedai-kedai serbaneka lain. Confirm korang puas hati dengan service dan pilihan barangan yang diorang sediakan.
Layout yang tersusun, kemas sangat!
Menariknya, layout Ninso memang kemas gila. Barang disusun cantik pada setiap rak dan dibahagikan mengikut bahagian-bahagian tertentu. Laluan mereka yang luas memudahkan korang nak cari barang dan takde la korang bersempit-sempit.
Tapi, make sure korang patuhi standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Jangan lupa pakai mask dan jaga jarak ye.
LIKE, SHARE di Facebook & Instagram untuk menang hadiah!
Sempena pembukaan outlet Ninso Kota Damansara, ada banyak hadiah yang Ninso nak beri kepada korang. Antaranya tisu kotak Jaga, minuman yogurt Yobick, tisu basah WLS Global, Shoyuemi, JJ Choco Plus Cappuccino/Green Tea 30g dan Lee Fish Cracker.
Korang follow je step di bawah. Sementara stok masih ada tau.
1. LIKE dan SHARe Facebook Page & Instagram Ninso. (tetapan umum)
2. Hadirkan diri di Ninso Kota Damansara dan tunjuk bukti pada staff disana bahawa korang dah share artikel ni.
Lebih wow lagi, Ninso Kota Damansara juga akan edarkan baucar tunai bernilai RM10 bagi 210 pelanggan terawal dan 100 goodies beg istimewa Mamee monster.
** Tertakluk pada terma dan syarat
Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom serbu Ninso Kota Damansara! Yang penting, patuhi SOP yang Ninso dah tetapkan.
Website: Ninso Global
Facebook: Ninso Official
Instagram: @ninsowm
Tarikh pembukaan: 26 Jun 2020
Waktu Operasi: 10 Pagi- 10 Malam
Alamat: S-01-13 till S-01-18 Emporis, Persiaran Surian, Seksyen 3, Taman Sains Selangor, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan (Bersebelahan pintu masuk utama Jaya Grocer)