Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu anak sebagai pelengkap hidup. Begitu juga dengan pasangan selebriti secocok ini, Noh Salleh dan Mizz Nina.
Malah, mungkin dek kerana keterujaan melihat sahabat-sahabatnya bergelar ibu bapa, Noh meminta agar didoakan dia dan isteri kesayangannya dapat menimang cahaya mata dengan segera.
Gambar kenangan hari saya dan ibu melawat Baby Auf, anak sulung kepada manager saya @epainahmad dan isterinya @nuratong . . Tahniah sekali lagi epin n atong!
Oh ya pada hari yg sama baby Auf dilahirkan, isteri kepada @bajajkink juga selamat melahirkan askar baru! tak lupa juga @herrihamid yang baru2 ni selamat menerima cahaya mata! Syukur alhamdulillah dan tahniah semuanya.
‘Mohon doa semoga Allah bukakan pintu rezeki lebih luas untuk saya dan @mizznina1780 mendapat cahaya mata. Amin!