berita

Noh Salleh Tamatkan Zaman Duda, Selamat Diijabkabulkan Dengan Fatin Athira

September 23rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Noh Salleh Nikah

Penyanyi Noh Salleh selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Fatin Athira, pada pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Hitung Hari, Kongsi Gambar Baju Nikah Dengan Fatin Athira

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Itu Tunang Saya, Kami Akan Kahwin Minggu Ni’ – Noh Salleh Perkenal Bakal Isteri Depan Umum

Selamat bernikah

Noh Salleh Nikah

Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh, 38, memuat naik sekeping foto memperlihatkan dia dan isterinya sedang duduk di atas pelamin.

Noh dilihat tampan mengenakan baju melayu berwarna putih dan lengkap bersongkok, manakala Athira dilihat manis berbaju kurung moden dan bertudung berona yang sama.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen yang panjang, vokalis kumpulan Hujan itu hanya menulis nama mereka serta tarikh pernikahan.

Terdahulu, khabar angin mengenai tarikh pernikahan pasangan itu mula timbul selepas kad undangan majlis mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Untuk info, Noh dan Athira mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Imbas kembali, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusian, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos lalu.

Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×