berita

[VIDEO] ‘Itu Tunang Saya, Kami Akan Kahwin Minggu Ni’ – Noh Salleh Perkenal Bakal Isteri Depan Umum

September 21st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Noh Salleh Nikah

Video memperlihatkan penyanyi Noh Salleh membuat pengumuman mengenai perkahwinannya dengan bakal isteri iaitu Fatin Athira dalam beberapa hari lagi telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Noh Salleh Hitung Hari, Kongsi Gambar Baju Nikah Dengan Fatin Athira

Artikel Berkaitan: Noh Hujan & Peguam Nikah 23 September

Tayang tunang pada umum

Noh Salleh Nikah

Menerusi perkongsian di TikTok pengguna bernama Cai, Noh dilihat sedang berdiri di atas pentas dan bersiap untuk membuat persembahan.

Namun, sebelum memulakan persembahan, dia sempat menunjukkan kehadiran tunangnya dan menganggap lagu berjudul Biar Seribu yang dinyanyikan itu sebagai simbolik cinta mereka.

Oh itu tunang saya, kita akan kahwin next week (minggu ini). Lagu ni (Biar Seribu) sesuai dengan doa kita sebagai pasangan yang hendak mendirikan sebuah masjid.

Jadi, mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa teruja dan mendoakan agar majlis pernikahan Noh dan pasangannya berjalan dengan lancar.

Difahamkan, Noh bakal bakal bernikah dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 23 September 2023 di Puchong, Selangor.

Khabar angin mengenai tarikh pernikahan pasangan itu mula timbul selepas kad undangan majlis mereka mula tersebar sejak awal Ogos lalu.

Untuk info, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, mengikat tali pertunangan dengan Fatin pada 7 Mei lalu.

Imbas kembali, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusian, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun disahkan bercerai pada Ogos lalu.

Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

Video

@lencai999 Tung ahh dah nak kahwin hmm? #nohsalleh #hikaririders #nohhujan #motosinmalim ? original sound – Cai

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×