berita

[VIDEO] Netizen Meremang Bulu Roma Dengar Laungan Azan Juara Qari Antarabangsa

August 27th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dinobatkan sebagai juara bagi kategori lelaki di Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa.

Susulan kejayaan yang diraih, viral pula satu rakaman video di TikTok yang memaparkan reaksi seorang pelancong wanita bukan Islam seakan teruja apabila mendengar laugan azan yang dilontarkan oleh Qayyim. Merdunya!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Subhanallah, Merdunya Suara Aliff Aziz Laung Azan…

Artikel Berkaitan: Pemuda Viral Laung Azan Merdu Di Mesir Dilamar Wanita Indonesia, Ajak Datang Rumah!

Laungan azan

Menerusi rakaman video berdurasi 1:17 saat, pelancong wanita yang memakai baju berwarna cokelat itu kelihatan kagum dan khusyuk sewaktu mendengar laungan azan secara langsung. Menurut netizen, pelancong itu antara individu yang bertuah kerana berpeluang mendengar laungan azan yang sangat merdu.

Meninjau di ruangan komen, netizen memuji kelunakan suara dan kemerduan laugan azan yang dilontarkan Muhammad Qayyim. Tambah netizen, Qayyim wajar dinobatkan sebagai juara Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat Antarabangsa.

Sekadar info, Qayyim merupakan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan sejak lahir lagi namun itu bukanlah penghalang untuk beliau tidak membaca ayat suci Al-Quran.

Video

@masjidmuhammadikb

Pelancong Non-Muslim mendengar kemerduan suara azan ? #masjidmuhammadikb #muhammadidihati #donedakwah

? Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Sumber: Masjid Muhammadi Kota Bahru

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×