berita

Noki K-Clique Terima Mesej Lucah Dari Lelaki – ‘Saya Tak Salahkan Sesiapa, Semua Bermula Dari Tindakan Saya Sendiri’

October 27th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki dedah banyak menerima mesej di Instagram yang lucah atas sebab tindakannya sendiri yang sering berkongsi gambar tubuhnya yang sasa.

Artikel Berkaitan: Dikecam Teruk Selak Baju Noki, Wartawan Wanita Tampil Mohon Maaf 

Artikel Berkaitan: Selalu ‘Belanja’ Badan Sado, Noki Terima Banyak Mesej Lucah Daripada Peminat 

Lagi banyak lelaki dari perempuan

@ohbulanofficial

Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki dedah banyak menerima mesej di Instagram yang ???? #ohbulan #fyp #sembangentertainment #noki #kclique

? original sound – Ohbulan – Ohbulan

Ketika ditemui Ohbulan!, Noki menyatakan menerima banyak mesej yang tidak elok dan kebanyakannya dari lelaki. Tambahnya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang berkelakuan sebegitu kerana dirinya sendiri yang mempamerkan tubuhnya di media sosial.

Ada perempuan yang hantar mesej tak elok, tapi lebih banyak lelaki. Lagipun, saya menjangka perkara sebegini akan terjadi sebab tindakan saya sendiri yang belanja gambar badan. Disebabkan itu, ada segelintir yang merasakan ‘boleh kacau’ saya apabila saya mula muat naik gambar-gambar sebegitu.

Berikutan itu, Noki tetap tenang dengan tidak membaca atau melayan mesej-mesej yang dihantar. Noki sempat berkongsi dia menerima mesej bergambar kemaluan lelaki apabila dibuka.

Noki berkata demikian ketika di majlis pelancaran single Pantang nyanyian Bil Musa (feat. Noki) di pejabat urusan Warner Music, Petaling Jaya petang semalam.

Single terbaru, Pantang nyanyian Bil Musa Feat Noki

Sementara itu, bercerita tentang single ‘Pantang’, pemilik nama Ahmad Ikhwan Aji berkata kolaborasi kali ini lain daripada yang sebelum ini.

Katanya lagi, dia ingin mencabar diri dengan mencuba gaya rap yang baharu.

Lagu ini genre pop tapi bunyi dia lain sikit daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini. Bahagian rap saya dalam ini juga berbeza, tidak sama macam sebelum ini.

Lagu Pantang nyayian Bil Musa Feat Noki boleh dimuat naik bermula 21 Oktober 2022 di iTunes Store. Video muzik rasmi boleh ditonton secara eksklusif di saluran Youtube Armani Entertainment.

SKIP THIS AD ×