berita

Selalu ‘Belanja’ Badan Sado, Noki Terima Banyak Mesej Lucah Daripada Peminat

June 1st, 2022 | by khairil
Kini Trending

Foto: ikhwanlee94

Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki mendedahkan dirinya selalu menerima gangguan peminat daripada pelbagai lapisan umur akibat sering menunjukkan bentuk badan dalam laman media sosialnya.

Artikel Berkaitan: #AJL36: Noki Buat Persembahan Aewo, Peminat Wanita Tak Keruan Tengok Badan Sasa

Ajak ‘bermesra’ sampai ke katil

Foto: ikhwanlee94

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, mengakui mesej berbaur lucah yang diterimanya berkemungkinan disebabkan perbuatan sendiri yang asyik ‘belanja’ sosok tubuh dalam media sosial.

Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang.

Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bogel berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil.

Tapi macam saya katakan, benda yang negatif dan buruk akan saya delete (padam), mana yang baik saya akan layan dan balas.

Lagipun saya rasa ini salah saya juga sebab selalu ‘belanja’ gambar badan. Insya-Allah lepas ini saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama.

Noki yang sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan juga memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram demi menjayakan filem sulungnya, iaitu War On Terror.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×