berita

Noki Tersinggung Tuju Tak Datang Majlis Kahwin MK – ‘Kalau Dia Sahabat Kami Dari Dulu Sepatutnya Datang’

June 20th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Ketiadaan penyanyi Tuju ketika majlis pernikahan dan resepsi MK pada minggu lalu telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Artikel Berkaitan: Noniswara Gembira Suami Dapat Menantu, Isteri MK K-Clique Rupanya Anak Tiri

Artikel Berkaitan: Ahli K-Clique Jadi Dulang Boys Nikah MK, Netizen Hairan Tak Nampak Tuju

Jemputan dah dihantar

Ketika ditemui OhBulan!, salah seorang ahli K-Clique iaitu Noki mengakui terasa hati dengan tindakan Tuju yang tidak muncul di hari bahagia MK dan isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin.

Kata Noki, 29, MK memaklumkan dia telah menghantar jemputan kepada Tuju.

Saya tak fikir sangat. Tapi kalau ikut logik, kalau dia sahabat kami yang berkawan dari dulu sepatutnya dia datang.

Saya tahu MK ada memberikan jemputan dari hari pernikahan dan majlis resepsi (hari Sabtu).

Noki berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinan MK yang diadakan di Hotel Wydham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Biarpun MK tidak meluahkan rasa kecewa dengan ketidakhadiran Tuju namun Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji faham perasaan sebagai ‘brother.’

Saya nak komen banyak pun susah, saya mampu cakap secara jujur memang terasa sikit biarpun bukan saya yang bersanding hari ini.

Saya faham perasaan brother-brother saya macam mana. Kecewalah. Memang kecewa.

Salah faham berlaku

Dalam pada itu, pelakon drama Oh My Hantaran ini menyatakan mereka sudah tidak berhubung sejak enam bulan lalu namun punca sebenar tidak dapat dikongsikan.

Katanya, dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Tuju mahu kembali semula bersama kumpulan K-Clique.

Kami memang tak ada hubunginya langsung sejak enam bulan lalu. Apa yang saya boleh katakan, kami memang ada sedikit salah faham yang rasanya susah sikit untuk diselesaikan.

Kami (K-clique) tidak ada masalah sekiranya Tuju ingin kembali. Tapi keakraban itu tidak akan jadi seperti dulu.

Sebelum ini, Noki, Kdeaf, Somean, NastyNas dan Gnello tampil mengenakan baju Melayu berwarna coklat cair ketika menjadi ‘dulang boys’ semasa majlis pernikahan MK pada 16 Jun lalu.

Sekadar info, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

SKIP THIS AD ×