berita

Noniswara Gembira Suami Dapat Menantu, Isteri MK K-Clique Rupanya Anak Tiri

June 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Mangotouch

Sejak minggu lalu, majlis perkahwinan penyanyi rap, MK K-Clique dan isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin menjadi bualan hangat di media sosial.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kini Milik Siti Hajaar, Serah Mas Kahwin RM302 & Seutas Rantai Emas

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Bermadu & Bukan Gila Gelaran Datin Seri’ – Noniswara Baharudin

Tumpang bahagia

Di Instagram Story, pelakon Datin Seri Noniswara tumpang gembira melihat anak tirinya bergelar isteri kepada MK.

Menerusi hantaran itu, Noniswara, 44, mengucapkan tahniah kepada suami tercinta, Datuk Seri Dr Sheikh kerana menerima menantu.

Alhamdulillah! Tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri, Hajaar dan suami (MK).

Difahamkan, pemilik nama Noniswara Baharudin tidak hadir ke majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Klang, pada malam Sabtu.

Pada 16 Jun lalu, MK dari kumpulan K-Clique sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya dengan sekali lafaz.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 kepada Siti Hajaar beserta seutas gelang tangan emas. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa pengamal media.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×