Pelakon dan penyanyi Nonny Nadhirah mengimbau kembali kenangan ketika menjadi salah seorang peserta rancangan realiti, Akademi Fantasia (AF).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Dedah Pernah Kerja Di ‘Club’ Sebelum Hijrah, Hilang 3 Tahun Cari Ilmu Agama
Artikel Berkaitan: Nonny Nadirah Cetus Kontroversi Lagi, Kongsi Video Berkemban Sambil Menari
Merantau ke ibu kota
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik video persembahannya ketika menyertai program realiti popular itu.
Sebelum berlakon, saya menyanyi. Peserta pertama yang menyanyi lagu Jepun.
Menurut Nonny, menerusi program tersebut dia berpeluang menjejakkan kaki di ibu kota dan dapat menonjolkan bakatnya.
Pertama kali sampai di Kuala Lumpur. Pertama kali di pentas besar.
Setiap minggu gementar lain macam.
Dalam masa yang sama, Nonny berkata keluarganya tidak dapat menghadirkan diri berikutan berada jauh dari Kuala Lumpur.
Masa buat persembahan keluarga tak dapat datang, perform lah saya seorang. Semua dekat Sabah.
Rezeki, minggu ketiga, baru ada sedara Sabah yang datang ke Kuala Lumpur untuk sokong.
Terdahulu, Nonny sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan memuat naik video memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban.
Sebelum ini, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.
Berikutan tindakannya itu, Nonny didakwa oleh warganet seperti dahagakan perhatian.
Sumber: Instagram Nonny