Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini meluahkan rasa teruja apabila menaiki penerbangan yang sama dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika berangkat menunaikan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Gambar Adik Lelaki Neelofa, Instagram Noor Kartini Dihujani Komen ‘Bakal Menantu’ – ‘Assalamualaikum Mama’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Minta Penyanyi Asal Sebut ‘Hawau’ Dalam Lagu Senandung Anak Melaka – ‘Kalau Saya Ambil Kurang Sesuai’
Satu ‘flight’
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Kartini berkata dia tidak menyangka apabila individu yang duduk di sebelahnya merupakan Siti.
Ada Datuk Siti dan keluarganya di sini (dalam pesawat). Dulu saya pernah berdoa nak jumpa Siti, kemudian kami jumpa di Makkah, selepas itu jumpa di Madinah.
Sekarang tak sangka, boleh satu flight pergi umrah, masya-Allah.
Menerusi perkongsian itu, turut dilihat beberapa ahli keluarga Siti yang lain termasuk suami (Datuk Seri Khalid Jiwa), ibu (Siti Salmah Bachik) dan dua orang anaknya (Aafiyah dan Afwa).
Manakala, Kartini difahamkan berangkat ke Tanah Suci bersama suami, Datuk Abdul Halim Khan.
Sumber: Instagram