berita

Noor Kartini Tunai Umrah Bersama Ameera Khan

December 10th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ibu kepada selebriti terkenal Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Kongsi Foto Dengan Ameera Khan Di Dubai, Tengah Minum Air Pun Cantik!

Mohon maaf salah silap

Menerusi hantaran di Instagram (IG) pada Sabtu, Noor Kartini memaklumkan pemergian dia ke rumah Allah ditemani anak perempuannya, Ameera Khan.

Noor Kartini memohon orang ramai mendoakan agar dirinya dan Ameera mendapat umrah yang mabrur serta dipermudahkan urusan ketika di sana.

Bismmilahhirohmanirohim.. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Saya bersama anak saya Little Miss Khan (Ameera) akan menunaikan umrah.

Jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf dan doakan perjalanan serta ibadah kami. Sayang semua.

Selamat menunaikan umrah

Sementara itu, Neelofa, 33, turut menitipkan doa agar Allah SWT menerima semua amalan yang dilakukan oleh ibu dan adik perempuan tercinta.

Sebelum ini, Noor Kartini, Ameera, Noor Nabila dan Jebat Jayden Ahmad dilihat bercuti di Dubai bersama-sama.

Sumber: Instagram @noorkartini

SKIP THIS AD ×