Usahawan, Noor Nabila mengadakan majlis tahlil untuk arwah bekas bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Zahir Ucapan Takziah, Titip Kata Semangat Buat Sharnaaz & Keluarga
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Majlis tahlil
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor mengadakan majlis tersebut di kediamannya.
Dalam masa yang sama, kakak kepada usahawan dan selebriti Noor Neelofa itu juga turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni arwah serta menempatkan rohnya di dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Tahlil untuk papa.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah kematian dia.
Muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.
Berbahagialah papa di alam sana.
Sharnaaz ucap terima kasih
Sementara itu, pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengulang siar (repost) hantaran tersebut di Instagram miliknya dengan mengucapkan terima kasih kepada Nabila.
Terdahulu, Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir 1.40 pagi, pada Rabu.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama.
Sumber: IG Noor Nabila