Hantaran terbaharu usahawan dan pempengaruh Noor Nabila yang dibuat khas untuk adiknya, Ameera Khan menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Titip Ucapan Istimewa Buat Sharnaaz Ahmad Sempena ‘Birthday’ – ‘Terima Kasih Pilih Ketenangan Berbanding Ego’

Artikel Berkaitan: Noor Nabila Angkat Isyarat ‘L’, Netizen Menyesal Anggap Wanita ‘Classy’ – ‘Ingatkan Lain, Rupanya Sama’

Bangga

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama Noor Nabila Mohd Noor, 41, meluahkan rasa bangga dengan kerjaya Ameera yang dilihat semakin berkembang hingga ke luar negara.

Awak sudah capai terlalu banyak dalam kerjaya. Pencapaian yang orang dalam industri ini perjuangkan seumur hidup, mungkin hanya sedikit yang dapat dirasai.

Awak telah dipilih untuk mewakili Malaysia, sudah bekerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa yang besar.

Awak juga sudah jelajah dunia, dibayar untuk lakukan sesuatu yang awak suka dan masih lagi rendah diri.

Orang boleh bercakap, cemburu dan mereka akan sentiasa begitu. Tetapi tahu tak, mereka tidak akan pernah menjadi awak.

Tambah Nabila, Ameera membuktikan bahawa walaupun sering dimanjakan, dia tetap mampu berjaya.

Dalam hantaran itu juga, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu berharap agar adiknya mengejar impian dan terus bersinar dengan cemerlang.

Awak boleh beli apa saja yang awak nak (selain daripada apa yang Mama & Daddy dah manjakan awak).

Awak memang dimanjakan tetapi awak juga boleh berjaya dan itulah keseimbangan yang sempurna.

Awak hidup dalam kehidupan yang orang lain impikan dan yang paling seronoknya, awak capai semua ini sendiri.

Sumber: Instagram