Usahawan, Noor Nabila menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas bapa mentuanya iaitu Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Minggu Lepas Beli Kereta, Noor Nabila ‘Angkat’ Pula Range Rover Berharga RM2.5 Juta?
Nabila titip ucapan takziah
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram Story (IG Story), Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor mendoakan agar Allah SWT memberi keampunan dan menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman.
Semoga Allah SWT memberi kedamaian abadi dan mengampuni dosamu. Semoga dikurniakan tempat yang tertinggi di syurga Allah.
Dalam kesempatan itu, kakak kepada usahawan Noor Neelofa ini juga memberi kata semangat buat bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad dan keluarga atas kehilangan insan tercinta.
Semoga Allah beri kekuatan dan kesabaran untuk awak, mama dan semuanya.
Sementara itu, Datin Noor Kartini, PU Riz, Athisha dan Ameera Khan turut mengucapkan salam takziah serta menitipkan doa buat pelakon filem Polis Evo 3.
Terdahulu, pelakon Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir 1.40 pagi, pada Rabu.
Jenazah akan disolatkan di Masjid Syed Eyusof, George Town selepas Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama.
Doa agar Sharnaaz dan keluarga kuat
Sumber: Instagram Noor Nabila