Pelakon Noorkhiriah mengakui terkesan sehingga mengalirkan air mata ketika menonton video mengenai tiga adik-beradik yang kehilangan ibu tercinta, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Noorkhiriah Tegur Wanita Berhijab, Jangan Gantung Gambar ‘Free Hair’ Di Ruang Tamu
Artikel Berkaitan: Anak Kena Pukul Dengan Getah Paip Sampai Berbirat Badan, Ini Respons Fauzi Nawawi ‘Tak Pe Anak Jantan’
Terasa kehilangan
Menerusi hantaran di Instagram, Noorkhiriah, 48, mendoakan kanak-kanak tersebut diberi kekuatan menempuhi dugaan itu.
Saya tak kuat…Allahuakbar. Berulang kali saya tengok anak-anak ini. Deras air mata, tak boleh tipu sakitnya hilang tiba-tiba.
Semoga anak-anak ini diberi kekuatan atas kehilangan ibu mereka. Meninggal dalam ambulan bawah rumah semasa nak ke hospital. Sakitnya hilang tiba-tiba.
Menerusi video yang dikongsikan, tiga adik-beradik itu kelihatan terpinga-pinga ketika melihat jenazah arwah ibu mereka.
Dalam pada itu, Noorkhiriah turut mendoakan suami arwah diberi kekuatan mendidik dan membesarkan tiga cahaya matanya.
Mohon doakan adik-adik ini kuat dan juga ayahnya juga. Moga ayahnya jaga amanah Allah ini baik-baik. Ini kes paling saya tak boleh tahan.
Difahamkan, arwah yang mempunyai masalah sesak nafas dan ketumbuhan dalam badan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Sumber: Instagram