berita

Noorkhiriah Wakaf MPV Jadi Van Jenazah Percuma

June 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Jika sebelum ini pelakon, Noorkhiriah pernah meluahkan hasrat untuk menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma kepada masyarakat yang memerlukan. Terbaru, dia menzahirkan rasa syukur selepas apa yang dihajatkan telah berjaya disempurnakan.

Van jenazah percuma

Assalamualaikum, Alhamdulillah. Sedia Berkhidmat,Perkhidmatan Van Jenazah Percuma @nurbykhiriah. Terima kasih juga pada yang sudi menyumbang. Doakan akak semoga usaha kecil ini dipermudahkan Allah. Terima kasih En suami dan jemaah @suraualikhlaspalmspring. Terima kasih Allah. Salam Jumaat Salam Penuh Keberkatan. 0122058005 save no ni andai memerlukan pertolongan kami. Doakan kami yer.

Sebelum ini Noorkhiriah memberitahu, kenderaannya akan dihantar ke bengkel bagi kerja pengubahsuaian sebelum pengumuman bila perkhidmatan penghantaran jenazah secara percuma itu dapat diperkenalkan. Mengulas mengenai isu enggan bekerjasama dengan mana-mana pihak, pelakon drama Nur ini memberitahu dia segan dan bimbang jika niatnya dipandang serong.

Kini, usaha kecilnya itu sudah berhasil dan mana-mana individu yang memerlukan pertolongan boleh segera menghubungi untuk mendapatkan bantuan.

Semoga Allah rahmati amalanmu

Sumber: Noorkhiriah & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.