Penyanyi Datuk Nora Ariffin memberitahu dia sedang melalui fasa bersyukur meskipun terpaksa berhadapan beberapa ujian tatkala umurnya sudah menjangkau usia 52 tahun.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Dakwa Digelar ‘Su*dal’ Oleh Keluarga Suami, Anak Tiri Tampil Bela Diri – ‘Mungkin Saya Akan Dedahkan Rakaman Maki Hamun Dia’
Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Luah Perasaan, Kongsi Gambar Ibu Bapa – ‘Sudah Kahwin Puluh Tahun Ini Yang Senyap, Tak Ada Tayang Menayang’
Menangis sebenarnya okey
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin berkata, dia memilih untuk mendiamkan diri dan bersikap lebih matang susulan kontroversi membabitkan dirinya dan anak tiri hingga saling berbalas kenyataan di media sosial baru-baru ini.
Tambah Nora, apa yang berlaku merupakan takdir yang sudah tertulis dan perlu diredakan.
Suami pesan suruh saya fokus apa yang saya lakukan dan buat dengan cara yang sepatutnya melalui undang-undang, bukan dengan emosi dan berbalah di media sosial. Saya perlu jadi orang yang lebih matang dan jangan melayan sangat. Hubungan bersama madu sebenarnya sudah lama reda. Saya bersedia berdamai dengan takdir.
Ada benda yang kita boleh pilih dan ada juga aturan yang Allah telah tetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.
Disoal mengenai keadaan emosi setelah apa yang berlaku, Nora mengakui dia mudah menangis dan tersentuh sehingga perlu mendapatkan nasihat pakar psikiatri.
Saya selalu rasa bersyukur tak kira ketika dilanda ujian. Contoh malam ini, saya bersyukur kerana ia kurniaan juga. Bohong kalau saya kata tak pernah menangis. Menangis sebenarnya bagus. Ada kala kita perlu melepaskannya. Saya kalau bawa kereta dengar lagu saya, saya akan menangis. Teringat kenangan lama. Tetapi menangis sekejap sahaja bukan 24 jam.
Lagipun menangis sekadar meluahkan perasaan tidak mengapa.
Nora yang ditemui selepas selesai ‘Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ semalam, turut memberitahu dia tidak melayan sebarang komen negatif dan provokasi yang ada di media sosial. Ujar pelantun suara ‘Di Persimpangan Delima’ itu lagi, dia mahu menjaga kesihatan mental.
Saya tidak mempedulikan kata-kata yang boleh menganggu fokus dan emosi. Bahasa kasarnya ‘melantakkan’ apa yang berlaku dan tak kisah. Kita memang tak boleh puaskan hati orang terutama dalam media sosial ini, kalau dikutkan rentaknya nanti kita sendiri yang terkena tempiasnya.
Biarlah saya anggap mereka tiada kerja. Tulislah apa mereka nak tulis, nak buat macam mana kita tak boleh hentikan, janji saya tak kacau hidup orang dan tak buat jenayah, ujarnya.
Terima kata-kata tidak baik
Terdahulu, seorang individu yang dipercayai merupakan anak tiri kepada Nora Ariffin menafikan dakwaan kononnya dia menggelar penyanyi itu dengan kata-kata tidak baik.
Individu yang dikenali sebagai Aya berkongsi kembali kenyataan yang pernah dikeluarkan Nora yang mendakwa dirinya digelar ‘sundal’ oleh keluarga suaminya.
Susulan daripada itu, Aya tampil membela keluarganya dan menegaskan bahawa mereka tidak pernah memanggil Nora dengan gelaran sedemikian. Individu ini juga mempersoalkan tentang kesahihan kejadian itu termasuk bila dan dimana ianya berlaku.
Tidak terhenti di situ, Aya turut mendakwa Nora telah beberapa kali cuba memburukkan keluarganya namun selama ini, mereka memilih untuk berdiam diri.
Aya juga mendakwa mempunyai bukti seperti rakaman suara yang dipercayai membabitkan tindakan penyanyi itu kepada keluarganya.
Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram. Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Pada September, Nora dan suaminya mengambil keputusan untuk rujuk kembali sebagai suami isteri.
Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.