Di Instagram, penyanyi Datuk Nora Ariffin memuat naik sebuah video mengenai ‘dua sifat isteri yang Allah tak pandang’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni Pada Disember Ini
Tak pandai berterima kasih
Menerusi video tersebut, antara dua sifat isteri yang Allah tidak akan pandang ialah tidak pandai berterima kasih dengan suami.
Allah tidak akan memandang kepada seorang isteri yang ada dua sifat ini. Pertama, tidak pandai berterima kasih dengan suami. Jangan cakap soal dulu ke sekarang, selama-lamanya. Mungkin ada yang kata dulu pandai terima kasih, sekarang ni je. Tengok perangai dia pula.
Ustazah sedih baca hadis tu sebab, Allah tak pandang wanita itu, isteri itu kenapa? Dia tak pandai berterima kasih. Apa pun yang suami kita buat, yang suami kita bagi, yang suami kita usahakan, kecil atau besar pada pandangan kita, kita wajib terima kasih. Wajib hargai supaya dipandang oleh Allah. Bukan buat sebab suami bertambah sayang.
Selain tidak pandai berterima kasih dengan suami, sifat merasakan suami tidak berguna juga salah satu golongan yang Allah tidak akan pandang.
Yang kedua, wanita yang rasa suami dia tak berguna. Hati-hati tuan puan sebab tu ustazah kata berderau juga darah baca sebab apa, kot lah terlebih berdikari, duit ada sendiri, jawatan ada, semua ada lalu datanglah idea aku boleh hidup tanpa suami.
Video
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata golongan isteri berterima kasih kepada Nora kerana telah mengingatkan mereka mengenai perkara tersebut.
Sumber: Nora Ariffin