Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni Pada Disember Ini
Rujuk kembali
Memetik Berita Harian, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin, 53, bersyukur apabila kemelut yang melanda rumah tanggannya akhirnya selesai.
Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT, suami sudah kembali rujuk. Manusia hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan.
Ia tidak lama selepas peristiwa berlaku. Saya beritahu bagi mengelakkan fitnah berhubung soal tempoh edah.
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Delima ini meminta semua pihak mendoakan yang baik buat perkahwinannya dan menjadikan insiden yang berlaku sebelum ini sebagai iktibar.
Semoga perkara yang sama tidak berulang.
Imbas kembali, pada 12 Ogos lalu, Nora diceraikan oleh bekas suami menerusi video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di Instagram.
Nora berkata, perceraian berlaku sebelum tarikh video itu dimuat naik.
Untuk rekod, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik kepada suami pertama Nora, Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Sumber: Berita Harian