Penyanyi Datuk Nora Ariffin difahamkan bakal bercerai untuk kali kedua bersama suami, Dr Rushdi Ramli.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 30 Tahun Bergelar Anak Seni Pada Disember Ini
Minta diceraikan
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nora berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan namanya menjadi bahan hinaan masyarakat.
Saya sedang memujuk ustaz untuk ceraikan saya buat kali kedua, supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukkkan serta menjatuhkan nama saya di sosial media.
Dalam pada itu, Nora turut memetik nama madunya yang dikenali sebagai ustazah Rose.
Nora memohon maaf kepada individu tersebut kerana menerima semula lamaran Ustaz Rushdi untuk rujuk kembali selepas mereka berpisah pada Ogos tahun lalu.
Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan ustaz. Setelah ustaz didesak ceraikan saya, ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya mintak maaf kerana terima dan rujuk kembali.
Saya minta maaf kerana post gambar bersama ustaz. Saya sudah buang semua gambar-gambar berdua kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.
Ambil nyawa
Tambah pelantun lagu Samudera itu lagi, selepas sahaja dia berpisah dengan suami, madunya itu akan menjadi satu-satunya isteri kepada Ustaz Rushdi.
Saya akan penuhi permintaan dari Alia dari pada dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, Ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.
Bagaimanapun, menerusi hantaran berbeza, Nora terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya demi memuaskan hati pihak tertentu.
Mungkin kalau saya mati atau bunuh diri, barulah dua beranak ini puas hati agaknya.
Pada September tahun lalu, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram.
Rushdi merupakan sahabat baik kepada suami Nora iaitu Allahyarham Johan.
Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.