Pelakon Nora Danish menyatakan tujuan dia mengupah pengawal peribadi adalah bagi mengawasi dirinya yang sering terlupa dan bersikap cuai.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Dah Lama Berbaik Dengan Fasha Sandha – ‘Tak Ada Apa, Benda Pun Dah Lepas’
Artikel Berkaitan: Jejai Dapat Gelaran Datuk, Nora Danish Titip Ucapan Tahniah
Elak sikap cuai & lupa
Ketika ditemui OhBulan! Nora berkata keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan suaminya, Nedim Nazri Azis.
Saya pasang pengawal peribadi ini sebab kadang-kadang saya leka, barang selalu tertinggal, telefon pun entah kemana.
Ini suami yang pasangkan pengawal peribadi kepada saya sejak mula berkahwin lagi. Tapi bagi saya bersendirian lebih baik.
Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Sayu Yang Syukur yang berlangsung di GSC Starling Mall, Damansara, pada Rabu.
Tambah aktres berusia 43 tahun itu, urusan hariannya menjadi lebih mudah dan teratur dengan bantuan pengawal peribadi.
Bila tiada pengawal, saya kena bawa kereta sendiri, suami pula telefon 24 jam sebab risau saya dekat mana.
Jadi, dengan ada pengawal keselamatan ini, dia akan membantu saya banyak la.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai penglibatan dalam filem Sayu Yang Syukur, Nora memuji pengarah naskhah tersebut iaitu Datuk Aaron Aziz yang dilihat mempunyai masa depan yang cerah sebagai sutradara.
Di set pengambaran. Aaron memahami dan tidak seperti segelintir pengarah lain yang disifatkan sebagai besar kepala.
Saya memang nampak dia ini mempunyai peluang besar dalam menjadi pengarah.
Selain Nora, Sayu Yang Syukur turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Arja Lee, AR Badul, Kismah Johar, Fairie Khalil dan ramai lagi.
Sayu Yang Syukur bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Disember 2023.