berita

Nora Danish Diminta Kurangkan Kongsi Gambar Dengan Keluarga Bekas Mertua. Seriously?

September 15th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Nora-Danish

Baik salah, gaduh pun salah. Maka, sememangnya susah untuk bergelar seorang selebriti. Hati keluarga mahu dijaga, perasaan peminat pun kena ambil tahu.

Ini semua gara-gara beberapa keping foto yang dimuat naik oleh pelakon paling hot di Malaysia sekarang ni, Nora Danish. Ceritanya begini, rasanya memang semua orang sedia maklum bahawa hubungan Nora Danish dengan bekas mertuanya, Puan Sri Raja Noora Ashikin memang rapat.

Tapi, ada pula yang meminta agar pelakon itu kurangkan foto bersama bekas mertuanya kerana mahu jaga hati Fasha yang sedang sarat mengandung. Haih.. macam-macam!

Screen Shot 2014-09-15 at 12.05.19 PM

Antara foto yang dimuat naik oleh Nora Danish

Screen Shot 2014-09-15 at 11.36.56 AM

Erm.. kami tak rasa pun perkara ini seharusnya menjadi isu kan dan ternayata pendapat kami disokong oleh ramai peminat Nora Danish juga!

Katanya tak salah Nora nak mengekalkan silaturrahim dengan bekas keluarganya, lebih-lebih lagi jika keraian seumpama itu diadakan. Bukan saja-saja nak show off kan?

noradanish

Eh.. terlupa pula nak bagitahu, sebenarnya foto-foto yang dimuat naik oleh Nora itu merupakan foto sekitar perkahwinan Putri Yasmin, iaitu merupakan adik kepada Jejai.

Tapi, Nora bukan lah datang berseorangan, sebaliknya si hot mama ini datang dengan kekasih hatinya, siapa lagi kalau tak lain tak bukan, Nedim Nazri.

Screen Shot 2014-09-15 at 12.09.31 PM

Antara foto yang dimuat naik oleh Fasha Sandha

Sementara itu, kami tinjau pula instagram Fasha pula, kot-kot ada isu sama yang ditimbulkan oleh individu tadi. Tapi, setakat ini hanya 3 keping foto yang dimuat naik oleh Fasha dan tiada pula gambar dengan keluarga mertua.

Foto yang dimuat naik itu pula rasanya hanya di sekitar majlis pernikahan Putri Yasmin, bukanlah di majlis persandingan seperti mana yang di’upload’ oleh Nora Danish.

Apapun, rasanya lebih baik kita berfikir dengan lebih positif kan? Mana tahu kot Fasha masih belum upload lagi foto-foto mesra dengan mertuanya kan?

Kredit foto: Instagram Nora Danish

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×