berita

Nora Danish Menangis Rayqal Masuk Sekolah Swasta, Geng Ibu Pun Rasa Sebak Tengok – ‘Dari Dalam Kandungan Hanya Dia Dengan Mommy’

October 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Nora Danish gagal menahan air mata ketika menghantar anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Asham ke sekolah swasta berasrama penuh, semalam (Ahad).

Mommy mesti kuat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Menerusi hantaran Instagram (IG) miliknya, Nora, 39, menyatakan Rayqal, 12, menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam rakaman video yang dikongsikan, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif memeluk erat anak kesayangannya sambil menangis.

Awak adalah kekuatan saya, dan sebab mommy menjadi diri mommy hari ini. Sebab awak, sayang. Mommy sayang awak.

Mommy akan rindu. Mommy tidak tahu bagaimana nak melaluinya tetapi mommy mesti kuat untuk awak, sayang! Tolong hubungi mommy bila awak mempunyai masa.

Dah suntik vaksin

Dalam pada itu, menerusi perkongsian berbeza, Nora yang ditemani suaminya, Nedim Nazri menghantar Rayqal untuk mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer yang turut disertai bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Alhamdullilah dia mendapat vaksinnya hari ini. Ya Allah Kau melindungi anak ku ya Allah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terutama golongan ibu turut berkongsi perasaan serta pengalaman yang sama.

@sey.page: Dari dalam kandungan hanya dia dengan mommy. Dia lah kekuatan mommy. Saya dapat merasakan.

@ummimynsdelight: Alaaa sedih.. Tersentuh hati seorang ummi.

@hananihanafii: Alah aku pun nangis juga kenapa ni?

@nita_brownies: Saya rasa macam ini masa lima tahun lepas. Tapi saya tahan tak nangis depan dia. Saya menangis waktu malam nak masuk tidur. Dekat dua minggu juga.

Terdahulu, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Kemudiannya, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Instagram @noradanish

SKIP THIS AD ×