Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan yang dimiliki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Artikel Berkaitan: Nora Danish Dedah Ramai Suami Isteri Cerai Sebab Isu Nafkah, Nasihat Golongan ‘Adam’ Jangan Pandang Remeh – ‘Mereka Tak Faham Konsep Asas’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Tersenarai Dalam Top 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia Untuk 10 Tahun Berturut – ‘Satu Penghargaan Atas Usaha Untuk Agama’
‘Macam bidadari’
Nora berkata, meskipun penyanyi kesayangan ramai itu tidak menggunakan sebarang alat solek, namun wajahnya kelihatan mulus dan bersih.
Sumpah muka Kak Iti (panggilan Siti) like a baby dan like so small besar tapak tangan saya.
Seorang yang lemah lembut dan merendah diri. Memang sumber inspirasi. Saya sangat in love (terpersona). Tak make up pun dah cantik macam bidadari.
Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Story.
Hantaran tersebut memaparkan gambar Nora dan Siti yang diambil ketika mereka bertemu di sebuah acara baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nora meluahkan rasa teruja dan bangga apabila dapat berdiri bersebelahan dengan pelantun lagu Purnama Merindu itu.
Sangat berbangga dapat berdiri di sebelah Kak Iti. Love you sentiasa kesayangan kami (rakyat Malaysia).
Sumber: Instagram