Pelakon Nora Danish menganggap hantaran yang dimuat naik aktres Zarina Anjouline di Instagram Story menyebut ‘I miss you Boss Ned’ sekadar luahan rasa rindu kepada seorang sahabat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Pasang Niat Untuk Berhijab Sejak 2022, Pintu Hati Terbuka Selepas Hadir Majlis Ilmu – ‘Nedim Puji Cantik, Ibu Saya Menitiskan Air Mata’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Nora Danish Bercerai Ramai Buat Konten Nak Jadikan Isteri, Ini Dilarang Dalam Islam’ – PU Salman
Rindu seorang kawan
Ketika ditemui OhBulan!, Nora memberitahu Zarina atau mesra dengan sapaan Anju sudah lama berkawan dengan bekas suaminya, Nedim Nazri.
Justeru, dia tidak memandang perkara tersebut sebagai satu isu besar.
Saya percaya Nedim dan Anju sudah berkawan lama. Tidak salah saya, mereka sudah bersahabat sejak saya dengan Nedim lagi.
Saya dengan Anju juga baik, jadi apabila dia muat naik posting begitu saya anggap ia sekadar luahan seorang kawan merindui sahabatnya.
Tambahan pula, selepas cerai Nedim sakit dan masuk hospital. Jadi selain Anju mesti ramai juga yang merindui Nedim.
Nora berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Perang Nasi Dagang yang diadakan di Stor Teater, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sebelum ini, Anju ada memuat naik hantaran di IG yang menulis ‘I miss you Boss Ned’ selang beberapa hari selepas Nora dan Nedim berpisah.
Tak tinggal sebumbung
Sementara itu, Nora sekali lagi menegaskan dia dan bekas suami sudah tidak tinggal sebumbung.
Saya kesal apabila pertanyaan itu datang daripada kalangan kawan-kawan. Saya fikir tidak untuk jaga Nedim ketika dia sakit. Kami pun berpisah cara baik.
Kami hidup sudah 11 tahun, jadi saya sudah biasa kalau dia sakit memang saya akan jaga.
Mungkin disebabkan saya menjaga Nedim ramai yang fikir kami dah kembali bersama dan tinggal sebumbung.
Untuk rekod, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamad Neyqal yang kini berusia enam tahun.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ahsram atau lebih dikenali sebagai Jejai pada Jun 2006, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal, 15.