berita

Nora Dedah Punca Anak Meninggal Dunia Secara Mengejut

February 1st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selepas pemergian suami tercinta, penyanyi Nora Ariffin diuji sekali lagi dengan dugaan apabila anak keduanya iaitu Alif Johan disahkan meninggal dunia di rumahnya pada 15 Disember yang lalu. Pemergian Alif memberi kesan yang teramat buat Nora kerana anaknya itu sering berada di sampingnya, terutama ketika menghadiri undangan persembahan bahkan di rumah juga. Terbaru menerusi Astro Gempak, Nora mendedahkan faktor anaknya itu meninggal dunia.

Sudah sampai masanya

Menurut Nora, anaknya itu disahkan meninggal dunia disebabkan faktor genetik dan satu lagi kerana sudah ketentuan ajalnya. Tambahnya, tiada seorang insan yang boleh melawan kuasa Allah dan soal jodoh atau maut semua rahsia sang pencipta.

Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal dunia dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif. Walau kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga.

Sebelum ini, penyanyi tersebut tidak memaklumkan punca kematian anaknya itu walaupun selepas dibedah siasat.

Almost 40 days

https://www.instagram.com/p/B7cQLjsn0w9/

https://www.instagram.com/p/B7jtQoDHbj5/

Di Instagram, Nora kadang-kadang memuat naik beberapa posting mengenai arwah anaknya. Sebagai contoh, Nora memuat naik posting merindui anaknya itu selepas 40 hari pemergiannya. Di samping itu, anak perempuannya yang bernama Fatehah turut memberitahu bahawa dia bermimpi arwah abangnya sedang bercerita dan berharap abangnya itu akan pulang semula ke rumah.

Sumber: Astro Gempak & Nora Ariffin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×