Pelakon Noralbaniah beranggapan setiap anak seni memiliki ‘tarikh luput‘ yang harus mereka terima.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nor Albaniah Akui Sunyi, Terbuka Hati Untuk Kembali Berumah Tangga – ‘Kalau Ada Orang Nak, Saya Ingin Kahwin’
Artikel Berkaitan: Noralbaniah Enggan Ungkit Kisah Masa Lalu Anak
Pelakon veteran tidak dihargai
Menjawab mengenai karier dalam lakonan, Albaniah atau nama lengkapnya Nor Albaniah Raffie, akui enggan terjebak menjadi anak seni jika boleh diputarkan masa.
Menurut Albaniah, kebanyakan artis veteran yang memiliki banyak pengalaman sering tidak dihargai oleh industri hiburan.
Bagi pendapat saya, seorang pelakon di Malaysia ada tarikh luput.
Walaupun ada orang puji saya cantik, tapi tawaran itu kurang.
Bila ada tarikh luput, macam mana industri kita nak maju dan berkembang?
Kalau diberi putaran masa, saya tak mahu jadi pelakon.
Sebab saya tahu, kalau dah umur 50 lebih, tiada ruang untuk kami.
Dalam pada itu, Albaniah berharap pihak produksi tidak mengetepikan pelakon-pelakon senior yang juga mencari makan dalam bidang lakonan.
Noralbaniah berkata demikian ketika ditemui pada Tayangan Perdana Limbungan: Tragedi Hitam 1975, di Starling mall, pada Isnin.
Walau bagaimanapun, pelakon berusia 55 tahun itu akui tetap memilih naskah yang ditawarkan kepadanya.
Kalau saya ambil saja tawaran itu, ianya akan menjejaskan orang lain.
Jangan kerana kita seorang, kita bagi kesan pada yang tak terlibat.