Pelakon Norish Karman mendedahkan dirinya sudah lima tahun tidak muncul dalam mana-mana naskhah, baik drama mahupun filem selepas dia mula berhijab pada 2018.
Artikel Berkaitan: Norish Karman Nafi Cucuk Botox, Hidung & Bibir Genetik Arwah Ibu Bapa
Artikel Berkaitan: Norish Karman Mohon Maaf Isu Hantar Mesej Kepada Adik Arwah Benjy
Watak ‘freehair’
Menurut Norish, dia tidak beraksi dalam tempoh tersebut bukan kerana tiada tawaran, sebaliknya watak yang diberikan tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.
Malah dia mendakwa, watak yang ditawarkan memintanya untuk menanggalkan hijab.
Lima tahun rasanya dah tak jadi leading (watak utama) atau berlakon apa-apa drama.
Saya sebenarnya sering diberikan watak yang hebat tetapi diminta untuk tidak berhijab atau ‘free hair’ sewaktu penggambaran.
Mereka (produksi) menyangka taraf saya ini perlu jadi pelakon yang versatil. Imej hijab buat mereka rasa limit. Mereka tidak mahu saya bawa watak ibu-ibu typical.
Kalau sebelum ini saya bawa watak ibu antagonis atau ibu mentua yang jahat.
Norish berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
Dalam temu bual sama, pelakon drama Spa Q itu meminta produser di luar sana untuk memberikan peluang kepadanya untuk terus berkarya dan tidak mengehadkan sesebuah watak hanya kerana dia bertudung.
Saya mampu berikan itu, kalau saya dan mereka duduk berbincang insya-Allah boleh jadi.
Orang bertudung pun boleh jadi gangster, mafia. Semoga produser di luar sana melihat dari sudut yang lebih luas untuk seorang Norish Karman berkarya.
Saya bersedia untuk berkhidmat pada industri dan mencabar diri dari dalam apa jua segi watak, insya-Allah.
Sumber: Melodi