berita

Norjuma Diisytihar Bankrap

March 21st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Usahawan terkenal, Norjuma Habib Mohamed diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Norjuma diisytiharkan muflis

Perintah kebankrapan Norjuma direkodkan selepas syarikat Fame Up Entertainment memfailkan petisyen kreditor pada Oktober tahun lalu. Peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment, Norjuma tidak hadir meskipun sudah dimaklumkan mengenai prosiding itu.

Mahkamah memutuskan (Norjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor.

Pada Oktober tahun lepas, syarikat Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma bagi menuntut usahawan selebriti berkenaan membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Jika Norjuma gagal melunaskan bayaran, Fame Up Entertainment akan memfailkan petisyen kebankrapan terhadap usahawan itu. Selain itu, usaha untuk menahan Norjuma yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah juga gagal selepas dia tiada di kediamannya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×