Jika anda memang seorang pengikut setia pasangan sweet ini, pasti anda ada terdengar desas-desus bahawa hubungan mereka sedang bergolak.
Isu ini mula menjadi bualan hangat di laman sesawang apabila ada peminat yang ternampak Nelydia Senrose menangis di sebuah pusat membeli-belah selepas dikatakan berkelahi dengan Qi.
Bagaimanapun, menerusi laporan Sinar Harian, Nelydia tidak menafikan bahawa wujud perselisihan faham antara mereka. Namun, ia bukanlah berkaitan dengan hubungan cinta.
Hubungan Nelydia – Qi dikatakan bermasalah
“Saya tidak terkejut sama sekali jika isu ini timbul kerana ia adalah perkara normal dan berlaku sangat pantas. Pada saya, normal jika sepasang kekasih berselisih faham tetapi perselisihan faham itu bukanlah mengenai hubungan kami. Masalah itu adalah mengenai isu luar dan Qi hadir untuk menenangkan saya.”
Memandangkan sudah agak lama menjalinkan hubungan cinta, tidak adakah perancangan untuk mengikat tali pertunangan?
“Saya tidak berani nak cakap. Perkara ini bukanlah dalam kawalan saya. Saya tak mahu meletakkan sebarang sasaran tertentu sebaliknya saya menyerahkan semuanya kepada ketentuan ALLAH SWT.”
Biasalah tu. Dalam perhubungan mesti ada turun naik. Jadi, sabarlah ya! Jangan cepat melatah.