berita

Norman Hakim Mohon Maaf Pada Abby Abadi – ‘Saya Ambil Tanggungjawab Ini Andai Semua Khilaf Saya’ 

March 18th, 2024 | by Alia
Kini Trending

norman

Pelakon Norman Hakim menyatakan bahawa dia akan bertanggungjawab berhubung isu perkahwinan anak perempuannya iaitu Marissa Dania yang didakwa telah bernikah di Thailand.

Artikel Berkaitan: Norman Hakim Jawab Dakwaan Lepas Tangan Isu Marissa Dania, Minta Abby Abadi Henti Buka Pekung Keluarga Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sesuka Hati Salahkan Allah, Jodoh Itu Takdir Yang Boleh Pilih’ – Abby Abadi

Norman mengalah

norman

Tinjauan OhBulan! di ruangan komen pada salah satu hantaran Instagram (IG) Abby Abadi mendapati, Norman telah memohon maaf kepada bekas isterinya itu di atas kesalahan yang pernah dilakukannya.

Justeru itu, Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon berjanji akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut selain tidak mahu lagi memanjang isu berkenaan.

Oklah, ampun maaf untuk yang kesekian kali, untuk segala kelemahan, salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai ini semua khilaf saya.

Seperti yang saya katakan insyaAllah saya usaha yang termampu. Jarang saya nak komen secara terbuka tetapi kami tak ada akses untuk menghubungi awak.

Dania kirim salam sayang untuk awak. Doakan yang baik-baik.

Norman sebelum ini meminta Abby untuk tidak lagi berkongsi tentang isu berkenaan di media sosial dan menafikan dia bersikap lepas tangan.

Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.

Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.

Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.

Sumber: IG Abby Abadi

SKIP THIS AD ×