Pelakon Norman Hakim menzahirkan ucapan terima kasih kepada anak perempuannya iaitu Marissa Dania kerana sudi berkongsi rezeki membelanja seluruh ahli keluarga untuk makan malam bersama.
Artikel Berkaitan: ‘Ramainya Yang Memaki & Mencaci, Lagu Duet Bukan Senang Dinyanyikan Seorang’ – Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Danish Hakim Minta Maaf Isu Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Norman & Abby’ – ‘Saya Hormati Mereka, Tanpa Mereka Siapalah Saya’
Terima kasih sayang
Menerusi sebuah posting di Instagram, Norman dilihat berkongsi momen dia bersama keluarga besarnya ketika makan malam di sebuah restoran. Menurut Norman, makan malam tersebut dibelanja oleh Marissa.
Terima kasih Allah. Terima kasih tanggecey papa @marissadania kumpulkan semua atas asbab nak berkongsi rezeki belanja kita orang semua dinner malam ni. Papa, Mama, Mummy, Abah, abang dan adik-adik doakan adik sentiasa dimurahkan dengan rezeki yang tak terbatas dengan izinNya.
Alhamdulillah terima kasih sayang.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat keluarga besar Norman dan Abby dapat berkumpul dan makan bersama. Selain netizen, pelakon dan usahawan, Nur Fazura turut meninggalkan komen berbentuk pujian buat keluarga tersebut.
Sumber: Norman Hakim