Penyanyi Nourul Depp menasihati golongan ibu untuk meletakkan satu garisan yang menjadi batas dengan anak.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nourul Depp Teringat Perkongsian Arwah Mak – ‘Walau Ramai & Hanya Seorang Buat Perangai.. Tetap Mahu Anak Bersama Aku’
Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto ‘Throwback’ Bersama Anak, Nourul Depp Tulis Kapsyen ‘Tipulah Kalau Tak Rindu’
Letak boundaries
Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 47, juga berpesan kepada golongan ibu supaya tidak melayani anak seperti seorang kawan.
Jangan buat anak sebagai seorang kawan. Saya sedang menulis sebuah buku tentang perkara itu.
Nak buat anak sebagai kawan boleh tapi letak satu garisan yang ada had antara seorang ibu dan anak.
Kalau tak ada satu garisan, tidak pesan pada anak dia akan terlupa. Panggilan boleh apa sahaja ‘mama, mak, ibu’, tapi ada kala anak akan terlupa.
Nourul berkongsi mengenai perkara itu ketika memberi perkongsian dalam sebuah program.
Dalam pada itu, Nourul mengakui silapnya kerana tidak meletakkan batas antara dia dengan anak perempuannya.
Saya tidak meletakkan boundaries (sekatan) dengan anak saya, itu kesilapan saya.
Sumber: TikTok