Pelakon Datin Intan Najuwa dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang dilihat kurang senang dengan dirinya selepas selamat bersalin baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Selamat Bersalin Bayi Perempuan – ‘Welcome To The World Imane Lunara’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Natural Beauty Je Muka, Tak Ada Nak Makeup Macam Orang Lain’ – Netizen Puji Intan Najuwa Simple Masuk Labour Room
Naik kerusi roda
Menerusi ruangan komen di TikTok miliknya, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid menjawab persoalan warganet yang mempersoalkan tindakannya menggunakan kerusi roda ketika menjalani pemeriksaan di hospital.
Takkan lah saya tak boleh jalan langsung. Ini dari bawah nak ke tempat check up, jenuh nak berjalan.
Ada kerusi roda kita naiklah bagi cepat sikit. Saya hari kedua dah boleh bangun.
Saya pun hari berikutnya dah bangun cabut catheter. Ini naik kerusi roda sebab suami saya suruh, dia risau isteri dia tiba-tiba lari 100 meter.
Respons Intan
Dalam pada itu, menerusi Instagram Story, aktres berusia 27 tahun tersebut kemudian tampil menjelaskan tentang keadaan dirinya yang baru sahaja bersalin dan memerlukan masa untuk pulih seperti sedia kala.
Saya baru bersalin. Saya sedang perlahan-lahan kembali menjadi diri saya semula seperti ibu-ibu lain. Ia akan ambil sedikit masa tetapi saya akan mendapatkannya.
Pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu turut terkejut dengan sikap segelintir kaum Hawa yang sengaja meninggalkan komen sedemikian terhadapnya.
Agak mengejutkan kerana banyak komen daripada wanita termasuk kaum ibu.
Mengapa kita tidak boleh bersikap baik terhadap satu sama lain? Wanita seharusnya perlu saling menyokong.
Sekadar info, Intan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember lalu.
Intan sebelum itu, mendedahkan dirinya hamil anak pertama selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Sumber: IG & TikTok Intan Najuwa