berita

Nubhan Jawab Status Hubungan Dengan Siti Nordiana Selepas Dilihat Bercuti Sama Di Pulau Perhentian

April 14th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Nubhan Launch New Single (Kisah Kasih)-34

Sekitar pertengahan tahun lalu, timbul desas-desus mengenai penyanyi kelahiran program realiti televisyen ini yang dikatakan sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan rakan artis, Siti Nordiana ataupun lebih mesra dipanggil Nana.

Gosip tersebut mula tercetus apabila mereka dilihat bercuti bersama-sama di Pulau Perhentian, Terengganu bersama lapan orang lagi rakan yang lain.

Tidak menafikan bahawa dia dan ibu tunggal tersebut sememangnya rapat, Nubhan ketika ditemui di Mini Showcase Yours Truly, Nubhan mengatakan bahawa dia juga berkongsi kisah peribadinya bersama Nana.

Nubhan Launch New Single (Kisah Kasih)-24Nubhan akui memang rapat dengan Siti Nordiana

“Saya memang rapat dengan Nana dan anggap dia macam sahabat dan kakak saya. Kami berkongsi masalah percintaan, peribadi dan apa-apa sahaja.”

Ditanya adakah dia tidak kisah jika digosipkan bersama Nana, Nubhan mengatakan bahawa dia tahu di mana batas sebenar hubungannya dengan wanita anak satu itu.

“Saya tahu dan saya tidak kisah apa yang orang akan cakap macam-macam pasal hubungan saya dengan Nana. Tapi apa yang penting saya tahu yang saya dan Nana memang rapat sebagai sahabat, tidak lebih daripada itu.

Saya rasa kontroversi perihal hubungan percintaan tidak diperlukan untuk menaikkan nama dan populariti saya. Malah, saya selesa dengan keadaan kini.”

Nubhan Launch New Single (Kisah Kasih)-31

Nubhan mula melebarkan sayap dalam dunia perniagaan

Bakal mengeluarkan single terbarunya yang berjudul Kisah Kasih, jejaka ini turut memberitahu bahawa dia kini juga sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

“Lebih kurang setahun lepas saya dah mula menjalankan business suplemen kesihatan, Sole yang juga merupakan perniagaan keluarga.

Saya juga jadi duta untuk produk tersebut dan saya memang ambil produk ini secara konsisten. Tapi buat masa sekarang saya tak nak gopoh dan sedang susun strategi pemasaran terbaik untuk produk dari Switzerland itu.”

Dalam pada itu, jejaka berusia 28 tahun ini juga berkata bahawa dia kini mengurangkan kariernya dalam bidang lakonan untuk memberi fokus kepada nyanyian dan perniagaannya.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×